Wednesday, September 05, 2012
HRW Mengecam Anwar : Anwar Cuba Memperbaharui Imej Islamnya
28 Julai 2012
Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap
golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein
jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”. “Kita
tidak memberi tempat kepada homoseksual.”
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar
bermain politik dengan kepentingan awam. “Anwar adalah salah secara asasnya
apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi
golongan homoseksual.”
Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak
homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi
sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal
menjadi tandatanya.
Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini
adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia,
kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi
di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”
Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya
memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan
seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil
Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam
Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU
yang akan datang, tidak dapat dipastikan.
Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai
hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti,
Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah
Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.
Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village.
Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan
latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan
kerajaan.
Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM.
Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia
terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.
Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR,
SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.
Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah
bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam
isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes
liwatnya. Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi
menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi
menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu
Islam.
Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan
diri. Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai
melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar
sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.
Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya
satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih
untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan
tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang
Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak
homoseksual, lesbian atau transeksual.
Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan
barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka
barat’ yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih
banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.
Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan
mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun
kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.
Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan:
bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat
menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.
Oleh : Beruang Biru (www. mykmu. net)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment