Wednesday, September 05, 2012
Azizan Tidak Bermaya : Mesyuarat Exco Di Wad Hospital ?
3 September 2012
Kecoh di kalangan puak-puak PAS di Kedah apabila
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri
itu telah mengarahkan agar mesyuarat Exco Kerajaan Negeri diadakan di wad
hospital!
Kesihatan Azizan semakin teruk dari hari ke hari
akibat kedegilannya enggan mendengar nasihat doktor supaya dia berehat saja di
rumah. Ekoran itu, dia beberapa kali di masukkan ke hospital bulan lalu dan
hampir terpaksa berhari raya di wad hospital berkenaan.
Sumber menjelaskan bahawa dia berkeras mahu
pulang ke rumah dan mahu menghadiri beberapa majlis sambutan Hari Raya.
Bagaimanapun, dia terpaksa berulang-alik ke hospital bertemu doktor untuk
rawatan susulan.
Menariknya, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah
yang diadakan di was hospital berkenaan telah menimbulkan tanda tanya, apakah
Azizan akan menyerah kalah dalam usaha mempertahankan jawatan Menteri Besar dari
dirampas oleh “kuda-kuda trojan” Anwar di dalam PAS?
Sebagaimana maklum, keuzuran dan kematian Azizan
sememangnya ditunggu-tunggu oleh musuh-musuh politik dalamannya yang sentiasa
mengimpikan kerusi empuk di Pejabat Menteri Besar yang terletak di Wisma
Darulaman itu.
Dikatakan antara yang sering mengintai peluang
dan berebutkan kerusi berkenaan sudah tentulah Exco-Exco kanan Kerajaan PAS
Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Amiruddin Hamzah, Dr. Ismail Salleh dan
setiausaha politik MB sendiri, Mohd Sanusi Md Nor.
Khabarnya, ada yang sudah berangan-angan untuk
membawa masuk barang masing-masing ke dalam pejabat MB Kedah di Wisma
Darulaman!
Bagaimanapun, keputusan Azizan untuk mengadakan
mesyuarat Exco di wad hospital swasta tersebut menunjukkan bahawa Menteri Besar
Kedah itu enggan menyerah kalah dan ramai di kalangan Exco yang geram.
Katanya, ada yang bertindak memprotes lokasi
mesyuarat berkenaan dan mahu Azizan menyerahkan tugas sebagai pengerusi
mesyuarat itu kepada Exco paling senior di kalangan mereka. Atau dalam kata
lain, mereka Exco berkenaan mahu Azizan serahkan mesyuarat itu kepadanya.
Namun yang melucukan ialah mereka hanya berani
berkata “dibelakang” Azizan saja dan tidak berani untuk berkata di depan “boss”
mereka itu. Standardlah, puak-puak PAS memang penakut!
Rasanya, mereka wajar mendengar nasihat para
pemimpin UMNO/BN yang mencadangkan agar Azizan mewujudkan jawatan Timbalan
Menteri Besar yang dilantik dari kalangan ADUN-ADUN Pakatan Haram Kedah yang
ada.
Cadangan tersebut adalah demi rakyat. Maklumlah,
Azizan tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar akibat kekangan
kesihatan, sewajarnya Azizan memilih penggantinya untuk menguruskan Kerajaan
Negeri Kedah yang semakin terbiar huru-hara.
Dengan cadangan tersebut, maka bertambah
semangatlah “musuh-musuh politik dalaman” Azizan untuk menunjukkan taringnya.
Khabarnya, ada yang sakan melobi diri hingga ke peringkat PAS Pusat bagi
mendapatkan sokongan sebagai MB yang baru.
Selain ADUN, dikhabarkan ada juga “Ahli Parlimen”
yang berhajat mahu mencalonkan diri menggantikan Azizan.
Namun menyedari dirinya tak layak dari sudut
perlembagaan, dia dikatakan melobi “proksi”nya sementara menunggu dirinya
dicalonkan sebagai calon DUN pada PRU ke-13 nanti. Anda kenal dengan “ahli
parlimen” itu?
Saya yakin, sekiranya perkara-perkara yang
diceritakan di atas ditanya pada puak-puak PAS Kedah, sudah tentu mereka tidak
akan mengaku kesahihannya meskipun itulah yang berlegar di dalam perbualan
mereka.
Begitulah puak-puak PAS yang terbukti sememangnya
“gila kuasa”. Tapi mereka tetap menafikan “kegilaan” mereka tersebut.
Iyalah..mana ada orang “gila” yang mengaku dirinya “gila”, kan?
Sebenarnya, saya lebih gemar untuk mengambil
sikap “tunggu dan lihat”. Kita tunggu dan lihat apa pula episod seteruskan dalam
kemelut PAS Kedah di kala UMNO/BN semakin gagah serta mendapat sambutan rakyat
di negeri Jelapang Padi itu.
Apakah Azizan akan beransur pulih dari sakitnya
dan “menerajang” puak-puak PAS yang mahu menggulingkannya? Atau puak-puak PAS
yang dikatakan bergerak di atas nasihat Mat Sabu itu akan berjaya menyingkirkan
Azizan dan kemnya? Sama-samalah kita nantikan…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment