Wednesday, September 05, 2012

"Budak Punggong" Adalah Contoh Akhlak Muda Asuhan PR


4 September 2012

budak_berak


UMURNYA baru 19 tahun, kalau difikir-fikirkan, selain buat anak, apalah yang budak baya-baya ini tahu pasal hidup, pasal politik, pasal sejarah negara dan sebagainya?

Bila dia memilih tunjuk punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan isteri, dia lupa yang kedua orang yang dihinakannya itu bukan sahaja pemimpin dan isteri pemimpin negara, tapi manusia biasa, ibu dan ayah dalam masa yang sama juga.

Apakah budak ini ingat manusia biasa macam Najib dan Rosmah serta keluarga mereka tidak ada perasaan bila diperlakukan sebegitu?  Kalau gambar mak dan bapak dia orang buat macam tu apa rasa?

Kita tahu, budak ini sebenarnya lebih kepada menjadi pengikut apa orang yang sebayanya suka nak buat.  Dia mungkin tidak ada kelebihan lain yang menjadikannya istimewa di kalangan rakan-rakannya, melainkan berani buat benda-benda bodoh.

Budak ini dan budak-budak sepertinya yang dihantar untuk belajar tapi membuang masa berdemo kerana termakan pengaruh Anwar dan Pakatan haram, adalah contoh generasi muda yang bakal dilahirkan gabungan PAS, DAP dan PKR yang menjadikan politik kebencian sebagai modal untuk melawan kerajaan BN.

Pemilihan ‘punggong’ itu pada penulis bukan satu kesilapan moral yang tidak disengajakan tapi memang selari dengan pemimpin pujaannya, Anwar yang juga peliwat dan penzina (ada video).

Sudah tentulah dalam hal-hal macam ini pemimpin PAS, DAP dan PKR haram taknak mengaku mereka terlibat, sekarang pun tak seekor dari pemimpin puak haram ini yang nak komen perbuatan yang terhasil dari politik kebencian yang mereka semai selama ini.

Sebab itu sekarang mereka lebih sibuk hal bendera - dengan yang itupun berpecah juga.  Dari 3 parti, 2 bangkang (PAS dan DAP), manakala PKR menyokong (tak langsung).


Tapi penglibatan mereka itu kemudian, bila kita lihat peguam yang dilantik untuk mempertahankan budak ini nanti, yang mana penulis yakin sudah tentu terdiri dari inner circle mereka juga.  Kos peguam itu pun Pakatan juga tanggung – macam biasalah.

Masa itu dia nak nafi macam mana?

Buat budak ini, eloklah ditahan dalam lokap semalam dua, biar dirasanya apa akibat jadi anjing suruhan PAS, PKR dan DAP.  Penulis tak kisah kalau dia jadi anjing kepada PKR dan DAP, penulis lebih kesal kalau dia jadi anjing kepada PAS sebab PAS itu memang dah anjing Pakatan dah!!!

Pendek kata, budak ini adalah anjing kepada anjing yang lain.

Tapi sementara anjing ini masuk lokap, kita semua perlu insaf dengan taktik politik Pakatan haram ini, mempergunakan budak-budak mentah untuk menjayakan kerja kotor politik mereka.

Hari ini belum jadi kerajaan dah asuh budak-budak buat benda tak elok, bakar perasaan dan semai kebencian, besok kalau dah jadi kerajaan?Semoga Allah swt selamatkan Malaysia dari puak-puak ini.

p/s:  Maaflah kalau penulis gelar budak ini anjing tapi anjing saja yang ikut arahan tuannya tanpa berfikir buruk baik di sebalik arahan tersebut.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment