Wednesday, September 05, 2012
Tiada Negara Islam Kerana Kafir Harbi Menentang ?
14 Ogos 2012
Gara-gara ingin terus ‘bersekedudukan’ dengan DAP, yang telah difatwakan
haram oleh para Mufti dan juga Ulama-ulama pondok, maka PAS hari ini menafikan
bahawa DAP adalah kafir harbi.
Alasan yang diberi oleh PAS ialah selagi tiada Negara Islam yang sebenar maka
tidak mungkin wujud golongan kafir harbi. Kenyataan ini dibuat oleh Dato’ Dr.
Haron Din dan disiarkan di dalam Harakah, serta pantas dipetik oleh blog-blog
dan laman web pro-pembangkang. Dengan pantas juga Lim Kit Siang membuat
kenyataan menyokong kenyataan PAS tersebut bahawa dirinya bukan kafir harbi.
Jika kafir harbi tidak wujud kerana tiada Negara Islam sebenar mengikut kaca
mata PAS, maka mana mungkin Negara Islam PAS itu wujud selagi ada kafir harbi
yang menghalangnya? Dan PAS pula yang membantu mereka?
Kenyataan Haron Din tersebut bolehlah diumpama masalah telur dengan ayam –
yang mana dulu yang mana kemudian?
Kafir harbi mengikut istilah mudah adalah golongan kafir yang memerangi
Islam.
Adalah tidak mungkin Lim Kit Siang akan mengaku yang dirinya memerangi atau
membenci Islam. Tentulah beliau bukan ahli politik yang berjaya jika beliau
mengaku terang-terangan bahawa beliau membenci Islam dan orang Islam.
Namun, kebencian Kit Siang terhadap Islam dan orang Islam (Melayu) telah
terakam dalam sejarah. Malah tidak salah rasanya jika kita memberi gelaran
kepada beliau sebagai Bapa Perkauman Malaysia. Telah tercatat kemas dalam
laporan Mageran mengenai tragedi 13 Mei 1969 tentang bagaimana Kit Siang
menyemarakkan api perkauman melalui kempen DAP dalam pilihanraya yang diadakan
pada 10 Mei 1969.
Akibat kempen yang berapi-api membenci Melayu di samping meniupkan semangat
keangkuhan Cina DAP yang akhirnya membawa kepada perarakan besar-besaran kaum
Cina ke kawasan Melayu, yang mana melanggar permit yang dikeluarkan kepada
mereka, maka berlakulah pertumpahan darah.
Dalam perarakan tersebut slogan yang
dibawa DAP ialah: ‘Malai Si’. atau “Mati Melayu”. “Apa polis boleh buat, kita
Raja. Buang sama polis Melayu”. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. “KL
sekarang Cina punya”.“Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa.
Sekarang kita Cina sudah control.”“Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita
hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.“…..semua Melayu kasi habis, kasi
halau semua polis.” “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri
bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati
Melayu…”
Jika kata-kata di atas bukan membawa makna membenci dan memerangi Melayu
Islam, maka apakah ia?
Jelas, agenda DAP tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini iaitu ingin
menghalau Melayu.
Dan ini telah pun terbukti sejurus selepas mereka menguasai Pulau Pinang di
mana kaum Melayu dihalau dengan cara tersusun dengan merobohkan kampung-kampung
mereka serta membina kediaman kos tinggi dan mewah agar menyukarkan kaum Melayu
memilikinya. DAP juga berusaha untuk merancang untuk membina cawangan Universiti
Nanyang di Pulau Pinang sekali gus menambah bilangan kaum Cina dan menyekat
pendudukan kaum Melayu di tengah-tengah bandar itu.
DAP turut menunjukkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan menerapkan
kebencian terhadap kakitangan kerajaan serta pihak berkuasa seperti polis dan
SPRM semata-mata kerana institusi tersebut dipegang oleh Melayu. Jika kita
layari laman-laman sosial penyokong DAP, kita akan dapati ramai di antara mereka
secara terang-terangan meluahkan kebencian terhadap Institusi Raja serta
mempertikai pemakaian nama ‘DiRaja’ bagi pasukan keselamatan negara.
Suatu ketika, DAP juga telah enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas
alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.
Pendek kata, sikap DAP yang memerangi Melayu Islam begitu nyata, terang lagi
bersuluh.
Hanya PAS sahaja yang menafikannya. Bukan sahaja menafi, malah membela dan
sanggup menjadi anjing kurap meniarap tengah jalan menentang Raja-raja Melayu
bagi pihak DAP. Lebih dahsyat lagi, PAS juga mengiakan sahaja bila DAP ingin
menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Melayu melalui Injil berbahasa Melayu
dan penggunaan nama Allah S.W.T. di dalam risalah dakwah mereka.
Jika DAP bukan kafir harbi, maka apakah mereka?
Apakah hanya apabila DAP mengangkat senjata memerangi kita sepertimana yang
berlaku di Rohingya maka barulah DAP menjadi kafir harbi? Namun, ini juga tidak
tepat jika mengikut huraian Haron Din kerana Rohingya bukan Negara Islam sebenar
maka tiadalah istilah kafir harbi bagi mereka juga.
PAS nampaknya masih ketinggalan di zaman jahiliah sedangkan DAP dan dunia
keseluruhannya telah melangkah ke era teknologi nano. Dalam kesibukan PAS
mengira helaian rambut wanita yang terdedah serta mencongak dosa pahala mereka,
PAS tidak sedar bahawa untuk memerangi Umat Islam di zaman ini tidak semestinya
menggunakan senjata api. Selalunya, senjata api adalah pilihan atau jalan
terakhir setelah umpan mengena, umat Islam terpedaya, menjadi benar-benar lemah
lalu penghapusan etnik pun dilakukan.
Apatah lagi di Malaysia, di mana kekuatan tentera dan polis masih berada di
tangan umat Islam, iaitu UMNO justeru, mana mungkin DAP memerangi umat Islam
dengan menggunakan senjata.
Oleh itu, satu-satunya cara DAP untuk mengalahkan umat Islam adalah dengan
mempergunakan umat Islam itu sendiri iaitu PAS untuk menghancurkan sesama
sendiri (UMNO). Nampaknya, tidak sukar bagi DAP untuk melakukannya, kerana PAS
benar-benar rela dan ‘redha’ menjadi anjing kurap kepada mereka.
Negara Malaysia adalah Negara Islam. Malaysia meletakkan Islam di tempat
tertinggi dan mempertahankannya melalui Institusi Raja-raja. Kepimpinan serta
pihak berkuasa di Malaysia juga dipegang oleh orang Islam. Malaysia menjadi
negara Islam contoh kepada negara Islam lain kerana ia satu-satunya negara Islam
yang aman, makmur dan maju serta lantang dan berkemampuan untuk membantu nasib
umat Islam negara lain yang tertindas atau ditimpa bencana.
Dan inilah yang menjadi punca DAP tidak senang dan ingin mengambil-alih
negara ini. DAP ingin merendahkan Islam atau sekurang-kurangnya meletakkannya
setaraf dengan agama-agama lain. DAP tidak senang selagi umat Islam berhak
melaungkan azan di subuh hari dan mengganggu mereka tidur. DAP tidak senang
selagi arak dan babi tidak boleh dijual dan diratah sebebas-bebasnya di negara
ini.
DAP tidak senang selagi agama rasmi Malaysia adalah Islam dan pemerintahnya
juga orang Islam.
Dengan menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi dan berdegil ingin terus
memeluk dan meruntun tangan DAP ke Putrajaya, maka PAS dengan sendirinya telah
meletakkan parti mereka sebagai musuh Islam. Jika undi DAP haram, maka undi PAS
juga adalah haram.
Kerana PAS dan DAP kini telah bersatu dari segi roh dan juga jasad walaupun
bukan dari segi kata-kata...
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment