Wednesday, September 05, 2012
PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah?
27 Ogos 2012
Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada
kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan
dengan penyingkiran dari parti tersebut.
Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis
politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru
sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan
Ali.
Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang
peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk
membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang
ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.
Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan
yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau
keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama
pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam
Pakatan rakyat (PR).
Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah
langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan
turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur
kepimpinannya.
Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang
turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz
Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro
Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.
Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP
serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah
tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan
usaha ‘memancung’ pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.
Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang
iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka
dengan cuba ‘memancung’ seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan
merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.
Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas,
ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan
sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama
dalam parti.
Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan
Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau
paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan
drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan
mereka sekarang.
Oleh : Beruang Biru (www. mykmu. net)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment