Wednesday, September 05, 2012

Pengurusan Sampah Hancur Punca Banjir Kilat di Serdang


5 September 2012

banjirserdang

SELAMA menggunakan lebuhraya PLUS laluan Kajang-UPM (Serdang), tidak pernah sama sekali penulis melihat jalan tersebut di tutup keseluruhannya kerana banjir kilat.  Paling tidak pun sebelah laluan UPM-Sg Besi dimana 2 lorong ditutup kerana dinaiki air (lorong tengah dan kiri), lorong kanan masih boleh digunakan.
Keadaan ini disebabkan keadaan muka bumi disitu yang landai, memudahkan air bertakung, tambahan pulak ada limpahan dari kolam air UPM yang terletak bersebelahan.  Bagaimanapun ia jarang-jarang berlaku, hanya bila hujan terlalu lebat.

Tapi petang semalam, sesuatu yang tidak dijangka berlaku bila kawasan tersebut digenangi air dikedua-dua arah.  Penulis tidak pernah ingat bila kali terakhir nampak laluan menghala ke selatan ditutup kerana banjir kilat disitu, rasanya tidak pernah, semalam adalah kali pertama!!

Untuk makluman, penulis dah guna laluan tersebut sejak 1994, zaman-zaman polis masih boleh buat road block atas highway lagi tau, nak tahu lama tak lama.

Jadi apa punca sehingga menyebabkan keadaan yang begitu teruk seperti semalam, khabarnya kenderaan yang sudah masuk ke atas lebuhraya terpaksa pusing semula ke Kuala Lumpur (yang menghala ke Selatan) dan vice versa.

Begitu juga dengan beberapa kawasan lain sekitar Serdang yang turut ditenggelami air melebihi 1 meter!!
Penulis dapat banyak maklumat bahawa kejadian itu  ada kaitan dengan kegagalan sistem pengurusan sampah di negeri Selangor yang diambil alih Pakatan haram dari Alam Flora awal tahun dulu.  Kajang, Serdang ini bukan kawasan dalam negeri Selangor ke?

Bagi penduduk Selangor yang perasan, lori-lori sampah baru yang dibeli Ronnie Liu dengan harga berjuta-juta ringgit dulu sudah jarang kelihatan di banyak kawasan yang diperuntukkan lori tersebut seperti di Ampang dan Subang Jaya.


Kebanyakkan lori mengangkut sampah yang sedang beroperasi sekarang ialah lori 1 tan yang biasa, bukan compactor yang memang direka bentuk untuk tugas-tugas sempama ini.  Lori ini hanya kutip sampah yang dalam plastik sampah sahaja, yang berterabur tu, nasiblah.


Persolannya sekarang, dah kemana lori-lori tu semua?  Banyak dulu tu, 50 buah kesemuanya dengan harga berpuluh juta ringgit.  Bukan sikit duit rakyat yang keluar tu?

Belum lagi penulis sebut sampah yang dikutip itu pun dicampak masuk sungai - punca utama kebanyakkan banjir kilat bila sistem perparitan tersumbat.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment