Tuesday, February 05, 2013
Gadai Tanah Peneroka : Mazlan Aliman Tak Faham Bahasakah??
5 February 2013
Baru-baru ini saya dengar cerita Mazlan Aliman meneruskan lagi propagandanya untuk menjatuhkan Felda Global Ventures (FGV), kononnya dia bimbang saham-saham FGV itu bakal merugikan para peneroka Felda.
Dalam propagandanya itu, Mazlan Aliman menakut-nakutkan para peneroka dengan mendakwa mereka bakal berdepan dengan risiko besar sekiranya saham FGV jatuh merudum dan akan kehilangan tanah milik mereka.
Mazlan Aliman juga cuba membuat persepsi jahat mengatakan bahawa tanah milik peneroka sebanyak 10 ekar itu akan tergadai sekiranya prestasi saham FGV terus menjunam ke bawah.
Saya tertanya-tanya, dari mana fakta yang diperoleh Mazlan Aliman yang mengatakan bahawa penyenaraian saham FGV melibatkan tanah peneroka?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 April tahun lalu sudah berkali-kali menegaskan bahawa tidak seinci pun tanah peneroka terlibat dalam penyenaraian saham FGV. Mazlan Aliman pekak atau sengaja nak takut-takutkan peneroka Felda?
“Dalam isu penyenaraian Felda Global, saya ingin mengulangi bahawa tiada seinci pun tanah hak milik peneroka akan terlibat dengan penyenaraian ini” – Najib Tun Razak, 1 April 2013
Mazlan Aliman tahu bahasa Malaysia, tak? Faham tak bahasa Melayu? Atau Mazlan Aliman memang tak reti bahasa?
Kalau tanah peneroka tidak terlibat, macam mana pula FGV nak gadai tanah peneroka? Sedap mulut saja Mazlan Aliman nak menipu orang. Kalau betul pun nak jadi calon PRU, janganlah terdesak sangat sampai sanggup menipu…
Berkenaan dengan kerugian yang kononnya bakal ditanggung peneroka jika saham FGV jatuh itu tak payahlah nak takut-takutkan rakyat dan peneroka Felda. Para peneroka tahu fakta sebenar dan tak perlu nak kelirukan mereka.
Menyedari risiko turun naik saham, awal-awal lagi Najib dah umumkan bahawa FELDA akan menanggung semua kadar faedah yang dikenakan oleh bank dan peneroka cuma perlu bayar harga sebenar 800 unit saham sahaja.
Itulah perlunya tandatangan surat perjanjian sebanyak 27 keping muka surat itu. Perjanjian itu adalah untuk menjamin kebajikan para peneroka Felda berhubung saham yang mereka miliki di dalam FGV.
Dalam ertikata lain, sama ada saham FGV itu untung atau rugi, para peneroka takkan rugi apa-apa. Sebaliknya kalau saham FGV mengalami keuntungan, peneroka akan menikmati keuntungan itu! Rugi tak tanggung, untung mereka dapat! Saya pun nak saham begitu..!!!
Saham yang beri keuntungan dan mementingkan kebajikan para peneroka itulah yang Mazlan Aliman cuba perlekehkan setiap hari. Dan setiap kata yang keluar dari lidah busuknya itu langsung tidak berpaksikan pada fakta dan hanya andaian buruknya semata-mata.
Kalau benar Mazlan Aliman sayang dan mementingkan kepentingan para peneroka, dia tidak akan memperlekehkan saham FGV dan tindakan kerajaan yang memberikan “durian runtuh” kepada masyarakat Felda yang rata-ratanya sebangsa seagama dengannya.
Ajaran Islam sebenar melarang umatnya mencipta persepsi jahat melalui syak wasangka buruk terhadap pihak lain yang jelas membuat kebajikan. Tapi Mazlan Aliman seolah-olah tidak berpegang kepada prinsip Islam tersebut…
Pada saya, apa yang dilakukan oleh Mazlan Aliman ini semuanya kerana kepentingan politik dan tindakannya itu tidak diselaraskan dengan kehendak ajaran Islam. Itukah akhlak yang diajar di dalam ajaran “agama PAS”?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment