Tuesday, February 12, 2013

Propa DAP Tidak Menjadi, Ratusan Ribu Hadir!!


11 Februari 2013


psy2-feb11
DEMI menggagalkan kehadiran rakyat ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang, DAP telah melancarkan perang propaganda beberapa minggu sebelum majlis tersebut bermula pun.

Malah, DAP telah mengarahkan cybertroopers menghantar mesej kepada Psy melalui medium seperti Twitter dan Facebook dan menghantar mesej buruk berkenaan Malaysia bagi mengagalkan kedatangan Psy kesini serta cuba menimbulkan kekacauan dalam majlis pagi tadi.

Tidak cukup dengan itu, poster Selamat Menyambut Tahun Baru cina Perdana Menteri juga ditanggalkan oleh kerajaan pimpinan Guan Eng.

Tapi, niat busuk tersebut gagal, bila ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dari pelbagai latar belakang kaum dan agama menghadiri majlis tersebut tengahari tadi.

Kehadiran Perdana Menteri juga antara faktor yang menggagalkan hasrat DAP untuk buat kacau bilau, kerana seperti mana biasa, kehadiran Perdana Menteri di mana-mana lokasi mengundang tahap keselamatan yang begitu ketat, sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung menyebabkan samseng-samseng DAP tidak berpeluang untuk membuat onar.

Malah Psy juga mempromosikan slogan 1Malaysia yang menjadi tema pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui mesej Twitternya, “U were hotter than weather hotter than ever!! One Malaysia”"

Semua ini tambah membulukan lagi mat pemimpin DAP yang benar-benar berharap kehadiran akan menjadi kurang atau tidak ada orang langsung datang ke majlis tersebut untuk mengukuhkan lagi propaganda mereka bahawa BN dan majlis anjurannya ditolak, tidak kira apa.

Pemimpin PAS juga kecewa kerana penari-penari Psy tidak berpakaian seksi seperti biasa. Tidak ada seluar pendek mendedahkan peha untuk dijadikan isu politik oleh pemimpin PAS walaupun dalam masa yang sama pemimpin PKR sendirimenganjurkan majlis yang menampilkan penyanyi seksi di Kulim minggu lepas.

Kecewa Nik Aziz.

Kesimpulannya, walaupun menawan Pulau Pinang mungkin kelihatan sukar kerana politik perkauman pekat yang diamalkan DAP, tapi harapan itu masih ada dan tetap relevan pada sebilang masa selagi proses tersebut belum berakhir.

Dengan sambutan beratus ribu rakyat hari ini sebagai bukti.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment