Wednesday, February 06, 2013
Perhimpunan Agung UMNO 2012 Mengundang Kebimbangan Anwar
Ternyata Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) yang baru beberapa hari
selesai bersidang meninggalkan impak dan kesan yang agak menggerunkan ramai
pemimpin pembangkang sehingga memaksa mereka tampil mengulas dan bercakap
mengenainya.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sendiri nampak gayanya tidak dapat
menyembunyikan kebimbangannya dengan kebangkitan semangat ahli UMNO dan impak
positifnya kepada rakyat berikutan perhimpunan parti orang Melayu Islam yang
terbesar itu.
Kebiasaannya semasa atau selepas UMNO bersidang di PWTC, pemimpin pakatan
pembangkang hanya akan mengulas secara sepintas lalu ataupun hanya mengundang
ulasan dari pemimpin pembangkang peringkat bawah sahaja, namun kali ini nampak
benar lainnya.
Tampak jelas kebimbangan yang bersarang dalam diri Anwar apabila dalam reaksi
segeranya mengulas kejayaan PAU 2012 itu, Anwar menganggap perhimpunan tersebut
gagal membincangkan kebajikan rakyat sebaliknya lebih fokus menyerang pakatan
pembangkang semata-mata.
Tak cukup dengan tanggapan songsang itu, Anwar putar belit pula teks ucapan
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkenaan
peristiwa 13 Mei 1969.
Teks ucapan pada para 52 yang disensasikan oleh Anwar dan gerombolan pakatan
pembangkang itu tidak sempat dibacakan oleh Shahrizat berikutan kesuntukkan masa
antaranya menyebut;-
“Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka
kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat
majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan khuatir ini mungkin
akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei
1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara
kita? Kita pastinya tidak mahu.”
Berdasarkan teks di atas, bagi kita yang memahami selok belok peristiwa 13
Mei 1969 kita tahu tragedi berdarah itu bertitik tolak dari kebiadapan penyokong
extrimis DAP berarak meraikan kemenangan tipis mereka sambil membawa penyapu
untuk menghalau orang Melayu Islam dari Kampung Baru tika itu.
Dalam tempoh genting itu berlaku beberapa pembunuhan ngeri terhadap orang
Melayu Islam, diikuti dengan tindakbalas serentak dari orang Melayu Islam
sehinggalah keadaan kembali stabil selepas Darurat diisytiharkan.
Teks para 52 itu hanya menyuarakan kebimbangan sahaja, jika parti pembangkang
seperti DAP dan PKR tidak berniat untuk menghuru harakan negara sama ada selepas
kekalahan atau kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti, maka mereka tidak perlu pun
melatah.
Tapi melihatkan kempen keganasan yang pernah dilakukan oleh penyokong PR
semasa demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta kelakuan biadap pada malam
sambutan ambang kemerdekaan yang lalu, usahlah terkedu apabila khalayak umum
melihat unsur keganasan dan kebiadapan sudah sinonim dengan PR.
Bimbang benar Anwar apabila segala pekung kejahatan pakatan pembangkang yang
diketuainya didedahkan kepada umum, walhal jika segala pendedahan yang
dianggapnya sebagai serangan dari UMNO itu hanya retorik sahaja, sebenarnya
cukup sekadar pemimpin pembangkang tahap bilis sahaja yang
mempertikaikannya.
Apabila Anwar sendiri terpaksa tampil ke depan diikuti dengan Presiden PAS,
Hadi Awang turut mengulas sama, maknanya mereka tahu pendedahan yang dibahaskan
semasa PAU 2012 itu memberi kesan yang agak besar dalam menelanjangkan
kejahilan, kejahatan dan kelemahan pakatan pembangkang.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment