Tuesday, February 05, 2013
Mazlan Aliman Mintak Bantuan Polis Masuk Felda? Biar Betull???
5 February 2013
MAZLAN Aliman berkempen di merata BANDAR dan KOTA, mendakwa kehidupan 112, 640 orang peneroka di seluruh negara berada dalam keadaan tertekan dan terhimpit kerana ditindas Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad.
Lebih-lebih lagi selepas penyenaraian FGVH di Bursa Saham.
Maka itu kata Mazlan, PAS menubuhkan ANAK, kononnya mewakili generasi kedua Felda untuk membela nasib generasi pertama yang dikatakan ditindas tadi ni. Dalam erti kata lain, Mazlan adalah hero Felda, macam mana Anwar jadi hero orang kampung yang kononnya kebuluran di Baling awal tahun 70-an dulu.
(Yang sekarang kita tahu, tidak ada sesiapa pun yang mati kebuluran seperti mana dakwaan Anwar).
Melopong mulut orang BANDAR dan KOTA mendengar Mazlan bersandiwara. Dakwa mereka di dalam hati, “kesian peneroka kerana ditindas Felda, dahlah hidup merempat”. Yelah, orang BANDAR dan KOTA, mana tahu dia kehidupan di Felda sana, apa kata Mazlan sahajalah.
Tapi sekarang hati yang berkata, bertanya semula, “Kalau betul nasib peneroka begitu teruk dan Mazlan tampil memberi bantuan, kenapa Mazlan dihalau dari masuk kawasan penempatan Felda sehingga terpaksa minta bantuan polis?”.
Ini persoalannya di kalangan orang BANDAR dan KOTA sekarang. Tidak logik sama sekali peneroka yang betul-betul susah, menghalang ‘hero’ macam Mazlan Aliman masuk untuk membantu. Melainkan peneroka tidak susah, hanya Mazlan yang menipu!!
Sekarang Mazlan dah terperangkap dengan pembohongan sendiri. Awal-awal dulu dia kata yang halang orang UMNO, peneroka tidak. Tapi bila terbukti yang halang itu memang peneroka sendiri, Mazlan pusing ke arah polis untuk meminta bantuan.
Bukan kerja polis menjadi personal bodyguard kepada Mazlan Aliman dan konvoinya. Dia ingat apa, berangan polis nak hantar anggotanya untuk escort konvoinya ke sana ke mari merosakkan pemikiran peneroka? Anwar punya rombongan pun polis tak escort (walaupun pernah dibantah oleh rakyat), inikan pulak Mazlan dan macai-macainya yang tak berapa nak bertaraf ni.
Tak sebut lagi sebelum ini PAS pernah tuduh polis bersubahat dengan peneroka menghalang konvoi Mazlan Aliman dari masuk.
Peneroka itupun ada hak juga, mereka tak suka nak dengar pembohongan Mazlan, memekak cakap benda bohong sedangkan hakikatnya semua yang disebut Mazlan itu tipu, semua orang pun tahu.
Kalau ikut cakap Mazlan, tanah peneroka sepatutnya dah tergadai sekarang, bulan-bulan nak kena bayar duit bank beli saham FGVH dan sebagainya, tapi semua itu tidak berlaku.
Yang berlaku adalah, ramai peneroka yang termakan pembohongan Mazlan melopong sebab tak merasa durian runtuh. Ada juga segelintir yang kutuk bagai nak rak durian runtuh RM 15,000, tapi diam-diam pergi sign dekat bank, bukan dekat pejabat pengurus. Bila cheque tak dapat (sebab sign dekat bank), mengamuk depan pejabat pengurus macam dialah orang kuat UMNO.
Ptuuuiihhhh….
Patutnya kau ludah muka Mazlan Aliman sebab menipu dan menyusahkan peneroka, apa kau mengamuk depan pejabat pengurus pulak? Tapi ya tak ya jugak, Mazlan nak masuk Felda pun tak dibenarkan orang, nak ludah macam mana!!
Sehingga terpaksa minta bantuan polis.
Tak jelas lagi ke pembohongan Mazlan Aliman dan Pakatan haram ni? Terang-terang dia ditolak dari masuk ke kawasan Felda, penulis pelik ada juga yang percaya dan ikut si pembohong ni.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment