Wednesday, February 06, 2013
Kalimah Allah : Hinanya Majlis Syura PAS di Mata PR
Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya
kali ini dengan nada ‘merayu’ menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis
Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam
khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya
isyarat bernada ‘lembut’ yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit
antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan
kepentingan politiknya dalam PR.
Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan
tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis
Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian
menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.
“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan
semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang
kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya,” kata Azmin
dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.
Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan
sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan
sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap
berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.
Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah
yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi
pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan
kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan
timbul.
Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang
terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka
senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.
Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR
dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama
PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama
dipersetujui.
Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR
dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan
Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam
khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.
Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah
s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan
terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya
ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.
Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR
pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi
isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap
hormat menghormati sesama sendiri.
Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan
berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk
memerintah tanahair tercinta ini.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment