Wednesday, February 20, 2013
Video Bo La Weii : Pencacai PAS PKR Mula Panas Punggung
Sama sekali tak dijangka apabila klip video lagu “Bo La Weii” berdurasi 6.00 minit yang liriknya menceritakan kebosanan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan PAS rupa-rupanya turut mendapat perhatian serius dari penyokong PR khususnya dari PAS & PKR.
Lagu ini merupakan ciptaan Dato’ Supardi Mohd Noor dan dinyanyikan oleh Eddie Hamid, seorang komposer terkenal kelahiran Kelantan dalam loghat (dialek) Kelate yang turut menggabungkan unsur dikir barat, memang diakui agak serasi dengan senario semasa di negeri Serambi Mekah tika ini.
Pun begitu, walaupun baru beberapa hari lalu klip video “Bo La Weii” ini dimuatnaik ke beberapa channel Youtube, jumlah klik ‘dislike’ yang datangnya dari pencacai PAS sudah ada yang melebihi angka seribu.
Komen-komen yang berbaur amarah dan sindiran macam-macam boleh dibaca, yang tak pandai berdialek Kelantan pun tumpang sekaki nak tunjukkan yang mereka adalah orang Kelate semata-mata untuk gambarkan lagu itu tidak mendapat tempat dikalangan rakyat kelantan.
Nampak sangat pencacai PAS PKR jadi panas punggung seperti terduduk atas bara api membahang dibuatnya, walaupun ramai dikalangan mereka yang diam tak diam sebenarnya turut terpaut menyanyikan lagu ini dalam hati kerana terhibur mendengarnya.
Bercakap pasal jumlah klik dislike atau like, rasanya bukan satu persoalan besar untuk kita pertikaikan terutama sekali perihal jumlah akaun yang dimiliki oleh setiap pencacai PAS atau PR. Itu kelebihan mereka kerana memiliki sikap rajin dan luas idea inisiatifnya, dan terus terang penulis cukup salute di atas kerajinan mereka.
Dari sudut moral memanglah salah memanipulasi pelbagai akaun tipu sebagaimana kerap dilakukan oleh penyokong PR, tapi itu hanya pandangan kita selaku penyokong UMNO yang sudah terbiasa untuk menjadi gentleman.
Namun dari segi taktikal strategik, dalam perang propaganda untuk mencipta persepsi, keghairahan penyokong PR itu mungkin boleh dianggap sebagai satu ‘kebijaksanaan dalam berpolitik’.
Dalam bab begini kita kena akui, ia bukan tandingan kita, sama seperti mana kita gagal menandingi keaktifan PAS, PKR dan DAP dalam memindahkan pengundi mereka ke DUN dan Parlimen yang menjadi sasaran.
Berbalik kepada video lagu “Bo La Weii” yang semakin menghangatkan suasana politik Kelantan ini, ia pertama kali dipertontonkan kepada khalayak semasa Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 (HAK2013) di Stadium Putra Bukit Jalil 17 Februari lalu.
Suasana dalam stadium yang mulanya sunyi menjadi bersemarak apabila anak-anak Kelantan di perantaun turut sama bersemarak melagukan beramai-ramai di bahagian chorus “Bo La Wei… Bo La Wei…” hinggakan gamat stadium dibuatnya.
Mana-mana anak Kelantan yang berada di sana pada masa itu tentunya meremang bulu roma datang semangat dibuatnya melihat suasana sedemikian lebih-lebih lagi bila diimbas kembali maruah negeriyang gagal dipertahankan oleh PAS.
Suasana yang gemuruh dengan nyanyian beramai-ramai itu, kalau dapat diselitkan sama dalam video asal tentunya ramai yang akan berderau bulu roma turut sama bersemangat.
Apapun, lagu “Bo La Weii” ini terbukti menyebabkan ramai penyokong PAS panas punggung tak senang duduk dan sedikit waktu lagi ia akan benar-benar menghantui PAS sekaligus menjadi fenomena yang akan menyumbang ke arah merealisasikan kejatuhan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment