Wednesday, February 06, 2013
Saham FGV " Nasihat "Pakar Dari Bangladesh" Hanya Akan Melingkupkan Peneroka Felda
Pada 21 Januari lalu, harga saham FGV buat jatuh sebanyak 2.4 peratus hinga ke paras RM4.31, pertama kali menurun melebih harga pengenalannya (IPO) yang bernilai sebanyak RM4.45 ketika mula diperkenalkan.
Maka bisinglah Mazlan Aliman mengusung “pakar ekonomi”nya, Dr. Rosli Yaakop, ke hulu dan ke hilir memburuk-burukkan saham milik peneroka Felda itu di mata rakyat. Kononnya, peneroka rugi besar dan bakal papa kedana kerana saham-saham itu.
Lebih buruk lagi, Dr. Rosli dengan “confident” meramalkan harga saham tersebut akan “terus merudum” ke paras yang lebih teruk lagi sejak tarikh tersebut, kononnya…
Sudah puas Mazlan Aliman dan “pakar ekonomi”nya, Dr Rosli Yaakop, meramal prestasi harga saham Felda Global Ventures (FGV)? Ada lagi yang nak komen tentang prestasi saham FGV? Ada sesiapa lagi yang nak kata saham itu akan terus merudum?
Nah! Hari ini 2 Februari 2013, saham FGV sedang berada di kedudukan stabil di Bursa Malaysia dengan mencatat harga RM4.59 sehingga kaunter ditutup semalam.
Dalam ertikata lain, ia meningkat sebanyak RM0.28 sejak tarikh 21 Januari lalu ketika Mazlan Aliman dan Dr Rosli membuat ramalan karut-marut mereka.
Analisis dari pakar-pakar pelaburan di Malaysia menyifatkan penurunan harga saham FGV tempohari sebagai satu tawaran “durian runtuh” atau “sale” di mana saham itu berada di bawah harga asal buat pertama kali sebelum dijangka melonjak naik kemudiannya.
Biasalah. Saham memang kadang-kadang turun dan kadang-kadang naik, tak terkecuali saham FGV.
Menariknya, saham-saham FGV milik peneroka dijamin oleh pihak Kerajaan Malaysia di mana mereka tidak perlu menanggung sebarang kerugian meskipun dari sudut kadar faedah pinjaman mereka di bank ketika membeli saham tersebut dulu.
Jadi, ketika harga saham FGV ini turun begitu, maka pakar-pakar pelaburan ini menasihatkan supaya orang ramai mengambil peluang ini dengan membeli saham tersebut dari mana-mana pihak yang ingin menjualnya.
Nak tahu kenapa? Saham-saham FGV itu sebenarnya merupakan saham-saham yang kukuh dan stabil. Malah BIMB Securities di dalam The Star baru-baru ini menjangkakan bahawa saham-saham tersebut akan naik sehingga ke paras RM5.46 sesaham!
Bukankah sesiapa yang beli saham dengan harga murah, kemudian saham itu melambung dan dijual dengan harga yang tinggi maka dia akan mengalami keuntungan? Bukankah menjadi prinsip ekonomi untuk mendapatkan keuntungan?
Jadi, nampak sangatlah pandangan pakar-pakar analisis pelaburan dan “pakar ekonomi” Mazlan Aliman itu sangat berbeza pendapat mereka. Dr. Rosli kata lain, pakar-pakar saham kata lain. Dr. Rosli kata “rugi”, pakar-pakar saham kata “untung”.
Pada saya, kalau saya jahil sekali pun tentang saham, saya sudah tentu akan percaya pada para penganalisis saham berbanding “pakar ekonomi” belaan PAS yang lebih bersifat “gebang politik”.
Kalau peneroka Felda ikut kata Dr. Rosli dan jual semua saham FGV kerana takut harganya jatuh merudum lagi, sudah tentulah mereka rugi besar. Mereka beli dengan harga RM4.45 dan jual pada harga RM4.31, bukankah mereka rugi besar?
Sebaliknya, jika kita membeli saham FGV ketika harga jatuh pada harga RM4.31 dan kini sudah berada pada harga RM4.59 sementara menunggu untuk menjualnya pada paras harga RM5.46, sudah tentulah kita untung besar, bukan?
Inilah yang dikatakan sebagai “durian runtuh” untuk para peneroka. Cuma Mazlan Aliman dan Dr. Rosli saja yang rasa “bijak sangat” mencetus propaganda untuk menakut-nakutkan para peneroka dengan dakyah pembohongan mereka itu…
Orang seperti mereka itukah yang mahu menjadi pemimpin rakyat? Orang macam itukah yang dikatakan akan membela nasib rakyat? Sudahlah. Mereka fikir senang-senang saja mereka nak tipu para peneroka?
Mereka tak tahukah ada di kalangan peneroka yang mampu memilik Porsche Cayenne? Mazlan Aliman dan Dr. Rosli ada Porsche Cayenne? Kalau tak ada, lebih baik diam saja sebelum dimalukan dengan lebih teruk oleh para peneroka di seluruh negara…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment