Wednesday, February 06, 2013
RCI Sabah : Mahfuz Kantoi Menipu. Malaysiakini Kantoi Siar Berita Palsu
Nampaknya puak-puak Pakatan Haram ini tidak
pernah puas kalau mereka tidak menipu sehari dalam hidup mereka, seolah-oleh
menipu itu merupakan satu “makanan ruji” yang wajib mereka lakukan.
Kalau tak menipu, bukan Pakatan Haram namanya,
bukan?
Begitulah yang terjadi mengenai fitnah Pakatan
Haram yang cuba menabur persepsi jahat dengan menuduh Kerajaan BN mengarahkan
agar kad-kad pengenalan yang tidak dituntut di bawa ke Sabah untuk diberikan
kepada pendatang tanpa izin untuk mengundi BN.
Antara mereka yang bertanggungjawab menyemai
syubhah fitnah itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS,
Mahfuz Omar, dan portal yang tidak serik-serik disaman, portal pro-Pakatan
Haram, Malaysiakini.com.
Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN), Datuk Jariah telah mendedahkan bahawa terdapat lima fakta yang
sangat meragukan dari sekeping surat pekeliling yang dicanang keliling kampung
oleh Mahfuz dan Malaysiakini.
Kononnya, surat tersebut merupakan bukti sahih,
berkreadibiliti dan ampuh! Padahal, surat itu terbukti palsu, sama palsunya
dengan fitnah yang ditohmah Mahfuz dan portal yang gemar menyiarkan
cerita-cerita karut marut itu.
Menurut Datuk Jariah, kepala surat pada dokumen
itu sangat meragukan kerana ia jelas menggunakan alamat dari Bahagian Pengurusan
IT dan komunikasi. Apa ke jadahnya Bahagian Pengurusan IT dan Komunikasi yang
beri arahan begitu? Pelik bukan?
Mengejutkan lagi, beliau menegaskan bahawa tajuk
nombor rujukan yg digunakan pada surat ditangan Mahfuz itu tertera kod
“JPN.MK.(S)” dan ia dikenalpasti bukan nombor rujukan arahan Jabatan
berkaitan.
Tambahan pula, arahan Jabatan Bil.14/2012 juga
sebenarnya tidak wujud sebagaimana yang tertulis di atas surat itu dan bukti
menunjukkan bahawa arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah “Arahan Bil.10/2012”
yang melibatkan mengenai “Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007”
Selain itu, Arahan Jabatan di dalam surat itu
juga tidak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sebarang catatan
“bagi pihak” sebagaimana kebiasaannya.
Dan keraguan juga dikesan apabila cetakan nama
kementerian yang terletak di kaki surat tersebut merujuk kepada Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri! Padanlah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien awal-awal lagi
mengesahkannya sebagai surat palsu!
Peliknya, siapa sebenarnya yang membuat onar
mereka-reka surat palsu itu? Saya yakin, pihak Kerajaan BN tidak pernah terfikir
untuk melakukan fitnah bodoh sebegitu melainkan puak-puak Pakatan Haram.
Antara standard modus operandi mereka ialah
mencipta “bukti palsu”, menuduh kerajaan BN dengan fitnah jahat dan mereka
mendesak para pemimpin BN untuk menjawab segala tohmahan yang mereka
lakukan.
Skrip fitnah mereka sudah boleh dihafal
memandangkan sudah ramai pemimpin BN yang sudah menjadi mangsa tohmahan jahat
puak-puak Pakatan Haram ini, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Datuk Seri Najib dikaitkan dengan mendiang
Altantuya Sharibuu dan Datin Seri Rosmah pula dikaitkan dengan isu cincin
berlian. Walaupun dah berkali-kali melafazkan sumpah dengan bersaksikan Allah,
puak-puak Pakatan Haram tetap meneruskan fitnah tersebut dengan bangga!
Mungkin itulah nasibnya bila menjadi pemimpin
kerajaan di akhir zaman. Para pemimpin yang bersih pun akan dilemparkan dengan
tuduhan-tuduhan palsu demi memuaskan nafsu mengejar kuasa politik di dunia.
Orang Islam yang sepatutnya bersatu, telah
dipisahkan kerana fahaman politik singkat. Kononnya, bersahabat dengan syaitan
pun “dihalalkan” demi menjatuhkan BN. Malah mereka lebih sanggup bersekutu
dengan “syaitan-syaitan” pula. Islam ajar begitu, kah?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment