Tuesday, February 26, 2013
Tunas, Pakatan Main Putar Alam Sama Juga
RAMAI tidak sedar bahawa sejak mendapat kuasa pada 2008, kerajaan Pakatan Selangor ini banyak membuang masa dengan sering memberikan alasan-alasan bodoh kerana culas dalam melaksanakan janji-janji pilihanraya 2008 yang masih tertunggak.
Ada yang dibuat tak semua yang dapat (Air percuma), ada tabung pendidikan yang dibuka, tapi duitnya entah dimana (TAWAS) dan sekarang elaun pra sekolah RM 50 sebulan atau Tunas pulak.
Bercakap tentang Tunas, perkara ini hanya dilaksanakan pada Julai 2012 (pelancaran) dan sekitar 5,000 orang kanak-kanak sahaja yang menerimanya setakat ini, itupun yang bertadika di PASTI milik PAS. Pendek cerita, Tunas ini diadakan hanya untuk mengkayakan kroni mereka sendiri, PAS, bukan nak tolong rakyat.
Exco bertanggungjawab, Dr. Halimah Ali bagi banyak alasan kenapa perlaksanaan Tunas ini dibuat begitu lewat sekali dan tidak menyeluruh – dari lebih 50,000 orang kanak-kanak pra sekolah di Selangor, 10% sahaja yang mendapat insentif tersebut, persoalannya kenapa?
Kata Halimah, Tunas ini dijalankan secara berperingkat-peringkat, sila tunjuk dalam manifesto 2008,dimana yang disebut perkataan akan dilaksanakan secara “berperingkat-peringkat”? Nak hujung-hujung baru laksana, baki 3 – 4 tahun lepas tu buat apa, tidur ke?
Ahhh, biar penulis potong pendek sahaja. Sebetulnya, kalau dikaji balik, semua pendekatan yang digunakan Pakatan haram Selangor ini bila menjawab persoalan Manifesto yang masih tertunggak ini, sama semuanya.
Antara alasan yang biasa kita dengar, bukan taknak buat tapi dilaksana secara berperingkat, baru 5 tahun memerintah (banding BN lebih 50 tahun), kerajaan pusat halang dan tak bagi bantuan, dan macam-macam lagi alasan.
Siapa nak dengar? Tabur janji macam-macam, bila tak boleh nak laksana tuding jari salahkan semua pihak, melainkan diri sendiri.
Kelihatannya macam dah jadi polisi Pakatan haram ini, bila ada kesalahan berkaitan dengan pemerintahan mereka, semua orang dalam dunia ini salah, mereka saja yang tak salah, masuk akal ke?
Penulis suka nak ambil contoh banjir kilat di Puchong tempoh hari. LRT salah, Litrak salah, LDP salah, yang dia langsung tak salah. Mana logik!! Sampah tak pungut siapa punya salah? Longkang tersumbat tak buat penyelenggaraan siapa punya salah? Bukan tanggungjawab kerajaan negeri ke tu?
Rakyat perlu ingat ini, kalau mereka dapat perintah negara pun, benda sama akan berlaku, alasan dan tuding jari menyalahkan orang lain. Walhal dia yang buat janji, pihak lain pulak yang kena tanggung beban.
Itu baru cerita janji, akidah (kalimah Allah) ini lain hal pula. Satu undi pada PKR dan DAP waima PAS sekalipun, bermaksud satu undi kepada kejayaan puak Kristian menggunakan kalimah Allah di dalam Bible.
Apa nak jadi negara kita besok kalau puak ini memerintah? Janji confirm tak tunai, contoh dah banyak, akidah pulak tergadai. Fikir-fikir sajalah ya dan buat pilihan yang tepat.
Undilah BN.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment