Monday, February 18, 2013

Lawatan PM Ke DJZ, Bila Anawar Nak Lawat Perkasa?


17 Februari 2013


1_1934
MEREMANG bulu tengkuk penulis melihat Datuk Seri Najib Tun Razak menyudikan diri hadir ke majlis sambutan tahun baru cina pertubuhan pendidikan cina, Dong Jiao Zong petang tadi.

Ia seumpama melihat Anwar Ibrahim datang ke majlis Perkasa!!

Dong Jiao Zong kita tahu sahajalah, bukan tahap pertubuhan pendidikan cina yang biasa, mereka lebih banyak menimbulkan kontroversi daripada menumpukan kepada perjuangan sebenar yang menjadi asas penubuhan pertubuhan tersebut – mengurus 60 sekolah persendirian cina di negara ini.

Sampai satu tahap pertubuhan ini kadang kala dilihat terlebih rasis dari parti rasis ultra cina (tapi berselindung di sebalik tag parti pelbagai kaum), DAP.  Malah, ada di antara pemimpin pertubuhan tersebut pernah ditahan dibawah ISA pun.

Pendek kata, Dong Jiao Zong selalu tidak sefahaman dengan kerajaan BN.

Tapi kunjungan Perdana Menteri ke majlis sambutan tahun baru cina pertubuhan tersebut, membuktikan apa pun tanggapan Dong Jiao Zong terhadap kerajaan BN sebelum ini (termasuk pentadbirannya), diketepikan Perdana Menteri untuk bersama-sama dengan penyokong pertubuhan tersebut (majoriti ahli DAP) meraikan tahun baru cina.

Ini kali kedua dalam tempoh seminggu Perdana Menteri masuk ke kubu pembangkang.  Baru sahaja Isnin lepas Perdana Menteri datang ke Pulau Pinang untuk tujuan sama walaupun ada ancaman keselamatan.  Maklum sahajalah, DAP, parti gangster.

Penulis menanti keterbukaan sama dilakukan oleh Anwar Ibrahim.  Agak-agak ada ‘telur’ tak Anwar datang ke majlis pertubuhan pro Melayu macam Perkasa?  Penulis tak rasa Datuk Ibrahim Ali ada masalah untuk menjemput Anwar, Anwar sahaja yang belum tentu berani datang.

Takut kena sepak ataupun dibaling telur, tapi takpalah, bodyguard ada pestol!!

Apa yang dilakukan Perdana Menteri ini adalah satu contoh terbaik gaya kepimpinan beliau yang perlu diberi perhatian semua lapisan masyarakat.  Perdana Menteri membawa mesej keamanan dan perdamaian, berbeza dengan pemimpin Pakatan yang tak habis-habis menganjur kepada perpecahan dan permusuhan.

Jangan berlainan pendapat sedikit, dah dicop ejen UMNO dan sebagainya.  Tengok sahajalah nasib bekas pemimpin PAS macam Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa yang ditendang keluar dari parti tersebut tanpa diberi peluang membela diri, kerana dicap ejen UMNO.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment