Wednesday, February 06, 2013
Anwar Kecewa 'Kebangkitan Rakyat' Jadi Kemenangan BN
Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’
anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.
Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut
dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti
pengalaman lalu.
Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang
tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.
Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat
terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan
mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang
demonstrasi di masa depan.
Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian
dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.
Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup
dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan
kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem
demokrasi negara ini.
Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah
menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di
jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih
3.0.
Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang,
Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan
sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.
Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang
membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak
zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.
Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah
seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.
Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang
melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran
peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama
kanak-kanak.
Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya
mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan
Raya Umum ke 13.
Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka
sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan
Rakyat ke Putrajaya.
Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak
mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang
menggunung.
Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai
ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu
persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan
politik yang sama untuk ke Putrajaya?
Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan
anti-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda
masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu
perhimpunan carca marba atau ‘motley crue’.
Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama
perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan
liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.
Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan
kumpulan mereka jika berkuasa.
Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang
disasarkan sebelum ini.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment