Wednesday, February 06, 2013
Saman Utusan Bukti Nurul Izzah Tipu Rakyat
Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar
agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri,
akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan
memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.
Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang
Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan
menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.
Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit
kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama
satu silap mata untuk mengabui mata rakyat. Dengan kata lainnya macam nak menipu
rakyat dan mengalih isu sebenar.
Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma
guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23
November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya
menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.
Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah,
ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai
tuntutan yang dikehendaki.
Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu
ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran
mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali.
Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa
hanya Utusan yang disaman? Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu
Malaysiakini terkecuali dari tindakan?
Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul
Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal
Malaysiakini yang pro pembangkang.
Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk
“Nurul: There should be no compulsion in choosing faith” menyebut bahawa “rakyat
tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai
kepada orang Melayu”.
Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud bahawa orang
Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata lainnya orang
Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.
Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib
beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat
dan itu realiti. Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing.
Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Malaysiakini
dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu
adalah benar, tidak begitu?
Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika
ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya
bertindak double standard.
Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan, bukankah ini
mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan
sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja.
Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya
terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu
rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan
kisah sebenar.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment