Tuesday, February 26, 2013
Bila Nik Aziz Memperlekeh Konsep Jariah Yang Dianjurkan Rasulullah SAW
Kecoh diperkatakan di dada-dada akhbar tentang Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan fatwa terbarunya yang menganggap penerima wang bantuan BR1M yang dihulurkan kerajaan Barisan Nasional seumpama “ayam” dan “lembu”.
Ekoran itu, Nik Aziz dihentam bertali arus atas keceluparan mulutnya yang ternyata menghina jutaan rakyat di negara ini yang berpusu-pusu mendapatkan BR1M bagi meringankan beban yang ditanggung dalam kehidupan seharian mereka.
Memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlepas cakap dan tak mampu undurkan lagi fatwanya itu, maka dia sekali lagi terpaksa mempertahankan penghinaan yang dia sengaja lemparkan untuk memperlekeh pahala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Katanya, kenyataannya itu bermaksud bahawa Kerajaan BN sengaja menjadikan rakyat sebagai “haiwan” dengan mendorong mereka bersikap seperti “haiwan” apabila menyerbu berbaris bagi mendapatkan bantuan wang ringgit.
Dalam jawapannya itu, dia cuba mengalihkan kesalahannya pada Kerajaan BN, seolah-oleh Kerajaan BN bertanggungjawab “menghaiwankan” rakyat yang menerima BR1M. Nampaknya dia cuba “spin” fakta menandakan seolah-olah dia tak faham bahasa…
Di dalam Islam, ada konsep sedekah jariah dan Rasulullah SAW menyifatkan amalan memberi sedekah sebagai satu amalan yang mulia dan berbudi pekerti tinggi kerana membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Baginda SAW juga pernah bersabda bahawa “tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima”. Dalam konteks sabda Rasulullah SAW itu, Baginda menegaskan tentang kemuliaan pihak yang menghulurkan bantuan.
Merujuk kepada bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan BN, Datuk Seri Najib begitu berbesar hati untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan RM500 ringgit itu diberikan kepada yang layak mengikut syarat yang ditetapkan sahaja.
Oleh itu, ia sangat bertepatan dengan konsep Islam yang diajar Rasulullah SAW di mana pihak kerajaan wajar disifatkan sebagai pemberi sedekah jariah untuk membantu rakyat yang dibebankan dengan kos sara hidup yang agak tinggi di zaman ini berbanding pendapatan mereka yang rendah.
Jadi saya ingin bertanya, sejak bila Islam dan Rasulullah SAW menyifatkan pemberi sedekah sebagai pihak yang bertanggungjawab “menghaiwankan” penerima sedekah?
Dan mengapa pula Nik Aziz begitu terdesak sehingga tergamak memperlekehkan ibadah pemberi sedekah dan sekaligus menyifatkan penerima sedekah jariah itu sebagai “haiwan”?
Wajarkah seorang “Tok Guru” menperlekehkan konsep yang diajar Rasulullah SAW pada umatnya dan patutkah Mursyidul Am itu begitu celupar dengan melemparkan penghinaan sedemikian rupa kepada rakyat yang kurang berkemampuan?
Juak-juak Pakatan Haram yang cuba menghalalkan penghinaan Nik Aziz itu mengatakan bahawa Najib cuba “membeli undi” rakyat melalui pemberian BR1M ketika diambang PRU ke-13. Benarkah hujah mereka itu?
Saya tak tahulah sama ada mereka “buta” atau “tuli”, namun pemberian BR1M ini bukanlah kali pertama diberikan kepada rakyat. BR1M pertama kali diperkenal dan dihulurkan pada rakyat pada tahun lalu.
Soalan kepada juak-juak yang tak tahu bersyukur pada Allah SWT itu, apakah PRU berlangsung ketika BR1M 1.0 pada tahun lalu? Kalau tak ada, tak payahlah buat hujah bodoh untuk memperbodohkan rakyat. Jadi, BR1M diberikan bukan kerana PRU! Jelas?
Sudahlah mereka cuba menegakkan benang yang basah, mereka cuba pula menyebarkan fitnah bagi memperlekehkan pahala orang lain. Apa jenis manusiakah mereka ini? Mereka belajar dari Anwar Ibrahim Al-Yahud, kah?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment