Monday, February 18, 2013
Dong Zhong Terpaksa Akur Najib Semakin Dihati Masyarakat Dan NGO Cina?
Memang agak meragukan apabila Persatuan Dong Zhong menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran mereka yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Mungkin kerana inilah pertama kali sebuah persatuan yang begitu kuat mengkritik kerajaan BN dan dilihat seolah-olah menyokong DAP menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib. Sebelum ini, tak pernah pun mereka menjemput beliau…
Dan mungkin juga persatuan yang sangat terkenal dengan tuntutan-tuntutan melampau dan sering mencabar perlembagaan negara itu takut tertinggal “keretapi”?
Maklumlah, boleh dikatakan hampir semua NGO Cina menyokong kuat dan selalu menjemput Perdana Menteri ke majlis-majlis dan program anjuran mereka. Maka Dong Zhong pun tak mahu dilihat macam “kera sumbang” dan terpaksa menjemput Najib.
Menariknya, Najib bersedia meluangkan masa memenuhi jemputan Dong Zhong itu tanpa sebarang rasa prejudis dan beliau membuktikan penghargaannya terhadap persatuan itu dengan memenuhi jemputan tersebut.
Paling penting, Najib hadir hanyalah sebagai tetamu yang dijemput tanpa melibatkan sebarang protokol kebiasaan seperti sidang media dan tiada pun sesi perbincangan melayan sebarang tuntutan dari Dong Zhong.
Mungkin kerana terkejut dengan persetujuan Najib untuk menghadiri majlis itu, maka Anwar cepat-cepat bersetuju untuk memenuhi jemputan Dong Zhong ke majlis yang sama.
Padahal, sumber dalaman PKR memberitahu bahawa Anwar dan konco-konconya malas hendak ke majlis berkenaan, namun berubah fikiran bila mengetahui tentang Najib yang mengesahkan kehadiran beliau.
Mungkin Anwar takut Najib “kidnap” penyokong kuat DAP, kot?
Menyebut mengenai Dong Zhong, maka kita secara tidak langsung akan mengaitkan persatuan itu dengan pelbagai tuntutan dari segelintir masyarakat Cina ekstrim berhubung dengan dasar pendidikan negara.
Dari sudut rekod perkhidmatan, Anwar dan Najib pernah sama-sama menjawat jawatan Menteri Pelajaran. Tapi, kalau nak dibandingkan, rekod Najib lebih bagus apabila beliau lebih banyak melakukan dasar yang melibatkan dasar pendidikan sekolah Cina.
Berbanding Anwar, Anwar sebenarnya boleh dikatakan langsung tak buat apa-apa untuk memajukan dasar pendidikan bagi masyarakat Cina selain dari meneruskan dasar pendidikan sedia ada yang dirancang menteri sebelumnya.
Tapi seperti biasalah. Bila Anwar keluar dari Kerajaan BN, mulalah dia meroyan dengan janji-janji manis untuk menipu masyarakat Cina dan agak malang bila ada juga di kalangan kaum Tiong Hua itu yang termakan janji palsunya, kan?
Jadi, jangan terkejut dengan laporan wartawan portal pencacai Pakatan Haram, Malaysiakini yang mendakwa Anwar dapat sambutan lebih meriah berbanding Najib. Itu normal kerana Dong Zhong dikatakan dipenuhi oleh golongan Cina ekstrim yang tidak tahu menghormati perlembagaan.
Cuma yang saya yakin kali ini bahawa Dong Zhong dapat menerima kenyataan hari ini bahawa Najib dan BN sememangnya mendapat tempat kembali di hati masyarakat Cina yang semakin hari semakin teruk “dikelentong” Anwar. Itu faktanya…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment