Tuesday, February 26, 2013
PR Menang 140 Kerusi, Bila Nak Habis Berpropaganda?
ALAHAI Anwar, cukup-cukuplah berpropaganda tu. Konon-konon Pakatan haram ini boleh menang 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya akan datang, mana nombor kau dapat, petik dari langit?
Paling menggelikan hati, kerusi-kerusi parlimen yang dikatakan akan membantu Pakatan menang 140 kerusi ini adalah 56 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Eh, bukankah Pakatan ini adalah masalah di Sabah, sampai parti Yong Teck Lee (SAPP) tarik diri dari berbincang pembahagian kerusi.
Penarikan SAPP bermaksud undi untuk pembangkang di Sabah akan terbahagi kepada 3 parti yang utama, Pakatan haram, SAPP dan Star. Tak masuk lagi parti-parti kecil yang lain dan calon Bebas.
Yang undi BN akan tetap undi BNlah, itu sudah tetap tidak berubah, silap-silap bertambah.
Sarawak pula macam kita tahu masih lagi Parti Pesaka Bersatu (PBB) kuat disana. Tak usah nak main propaganda macam pilihanraya negeri 2010, gebang macam dia nak menang dan bentuk kerajaan, apa tetap BN juga menang dan kekal majoriti 2/3, sementara pembangkang hanya menang 18 kerusi.
PKR yang gebang macam nak rak untuk lantik Ketua Menteri tu, hanya dapat 3 kerusi sahaja, selebihnya disapu DAP. PAS, habuk pun tarak.
Kalau dah disitu pun nampak malap dan tidak ada harapan, dari ceruk mana pulak Anwar nak dapat kerusi lebih banyak untuk bantu Pakatan ini dapat 140 kerusi?
Johor ke, Perak ke?
Penulis nak sebut ni, untuk Semenanjung ni Anwar boleh lupakan sahajalah sebab majoriti orang Melayu semua marah dengan tindakan Anwar menyokong kalimah Allah untuk diguna dalam Bible berbahasa Melayu ini.
Perkara ini mungkin boleh jual di Sabah dan Sarawak sana tapi penulis rasa tak jalan juga kerana kerajaan persekutuan memang benarkan sebab hormatkan Perjanjian 20 Perkara masa Sabah dan Sarawak nak masuk Malaysia dulu.
Ingat, perkara pertama dalam perjanjian 20 Perkara, Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.
Maksudnya disitu, walaupun perlembagaan negara menetapkan kalimah Allah hanya untuk orang Islam, tapi ia tidak terpakai di Sabah dan Sarawak. Sebab itu depa boleh guna, kita disini tidak boleh. Ini bukan bermaksud satu negara 2 undang-undang, tapi memang perjanjian dah macam itu.
Sebab itu nak masuk Sabah dan Sarawak kena isi borang dan sebagainya, sebab hak mengawal kemasukan (Perkara 6, Imigresen) itu memang ada disebut, kenapa tak persoalkan 2 undang-undang dalam satu negara atau tidak?
Semua orang faham ini, dan sebab itu kalimah Allah ini menjadi penghalang untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.
Cakap pasal Johor.
Johor ada 16 kerusi parlimen yang BN menang dengan majoriti lebih 10,000 undi, penulis ulang, 16 kerusi Parlimen!! 6 kerusi majoriti antara 9,000 hingga 6,000 dan 2 kerusi sahaja yang menang majoriti bawah 2,000 undi.
Parlimen Johor Bahru sahaja, BN menang lebih 25,000 undi majoriti dan satu kerusi menang percuma (Penggerang)!! DAP menang satu di Bakri, itupun majoriti kurang 500 undi (undi rosak lebih 1,200 undi), jadi apa angan-angan Anwar nak tawan banyak kerusi Parlimen disitu?
Semua ini waktu BN berada dalam keadaan terburuk tau, 2008.
Hebat sangatkah gerak kerja Anwar di Johor untuk rampas kerusi tersebut? Dari maklum balas yang penulis nampak, tidaklah berapa hebat, Anwar pun berapa kali saja turun Johor? Dia lebih banyak turun Sabah dan Sarawak berbanding dengan Johor. Kalau macam ini gaya, jangan kata rampas kerusi, nak kurang majoriti pun tak lepas.
Jangan lupa, ada lagi lebih 50 kerusi Parlimen (selain Johor) dalam kawasan Felda, boleh menang ka? Agak-agakla, Mazlan Aliman nak masuk Felda pun kena halau memanjang, siap nak pohon perintah Mahkamah lagi.
So, berhentilah berpropaganda wahai balaci ooi, buat malu kat budak-budak je.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment