Tuesday, February 12, 2013

Bersediakah Kita Menghadapi Demonstrasi Ala "Arab Spring" Anjuran Anwar?


8 Februari 2013


demo anwar
Nampaknya rakyat Malaysia harus bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan apabila Anwar Ibrahim dikhuatiri akan mengadakan demonstrasi “mega” sekiranya Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 ini.

Kebimbangan untuk itu telah diluahkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kenal benar dengan sikap, sifat dan kemampuan bekas timbalannya itu. Kalau Tun M meluahkan rasa bimbangnya di dalam blog, apatah lagi kita yang tak berapa kenal Anwar sepertinya.

Sebagaimana maklum, Anwar sebelum ini mengatakan bahawa dia akan mengadakan demonstrasi ala “Arab Spring” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Australia.

Dan kita juga maklum dengan keadaan negara di Timur Tengah yang dilanda demonstrasi “Arab Spring” di mana negara-negara terbabit mengalami ketidakstabilan politik dan melumpuhkan sama sekali keadaan ekonomi di sana.

Hasil dari tindakan tidak bertamadun itu, maka rakyat yang menjadi mangsanya, bukan?

Menyingkap kembali tirai sejarah pada tahun 1974, Anwar merupakan salah seorang ketua yang menganjurkan demonstrasi pelajar ketika itu sehingga mencetus huru-hara di ibu negara dan keadaan ketika itu sememangnya kucar-kacir.

Menurut Datuk Ibrahim Ali yang merupakan diantara ketua pelajar yang memberontak dan ditahan di dalam sel yang sama di Kamunting bersama Anwar, tiang letrik ditumbangkan para pelajar dan ada ketikanya pihak pelajar menangkap polis! Memang betul kacau-bilau…

Begitu juga kalau dirujuk kepada sejarah pemecatan Anwar dari kerajaan dulu, boleh dikatakan setiap minggu Anwar mengarahkan orang-orang kanannya menganjurkan demonstrasi di ibu negara sehingga pihak polis terpaksa bertindak tegas menyembur mereka dengan meriam air.

Ketika itu, antara “panglima-panglima” Anwar yang berada di barisan depan demonstrasi itu adalah Ezam Mohd Noor, Chandra Muzzaffar, Ruslan Kassim, Marina Yusof, Zulkifli Noordin, Zahrain dan ramai lagi.

Tapi kini semua “panglima-panglima” itu sudah lari dari Anwar. Tak tahulah kenapa. Kata penyokong Pakatan Haram, mereka “dibeli” BN. Tapi saya lihat semuanya masih “sengkek-sengkek” belaka, tidak sekaya Azmin yang “dibeli” Anwar, kan?

Kini Anwar punya pemimpin pelapis seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli, Chegu Bard, “Sam Ketot”, “Mak Lampir” dan anaknya, Nurul Izzah yang terpaksa mempertahankan bapanya kerana takut ibunya malu seumur hidup.
Selain itu, Anwar juga kini memiliki “keldai-keldai” tunggangan barunya dari kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang rela tidur atas jalan tengahari buta sambil memegang bendera. Anwar nak suruh mereka panjat pagar terjun sungai Klang khabarnya pun mereka sanggup!

Kalau “negara Islam”, “hukum hudud” dan maruah parti pun PAS sanggup gadai, apalah sangat kalau tidur atas jalan tu, kan…

Persoalannya, bersediakah kita menghadapi huru-hara yang bakal dicetus Anwar selepas kekalahannya pada PRU ke-13 ini?

Anwar sudah bertegas bahawa dia akan bersara dan bertukar profesyen menjadi “guru” kalau Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 kali ini dan dia tak dapat jadi Perdana Menteri. Jadi, sudah tentu dia akan bermati-matian untuk mengalahkan BN nanti, kan?

Kalau kalah juga nanti, maka dia mungkin terpaksa menggunakan pilihan kedua iaitu dengan mengarahkan demonstrasi ala “Arab Spring”. Dia takkan dapat terima kekalahannya sebab dia mungkin sebenarnya tak bersedia nak jadi “cikgu”.

Atas “kegilaan” mahukan kuasa itulah maka mungkin dia bakal mencetus kacau-bilau selepas PRU ke-13 kali ini. Apa kita nak buat kalau Anwar buat perangai begitu nanti? Sumbat dia dalam penjara macam dulu? Atau buat tak tahu saja…? Apa kata anda?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment