Tuesday, February 12, 2013

SAPP Bukti Kegagalan Anwar Mengurus Politik Sabah


9 Februari 2013


anwar_pening_sabah
PARTI Sabah Progressive Parti (SAPP) yang dipimpin Yong Teck Lee semalam disingkirkan Anwar Ibrahim dari menjadi sekutu Pakatan haram di Sabah dalam pilihanraya akan datang.

Pening dengan tuntutan melampau SAPP yang meminta 40 kerusi DUN, Anwar bertekad untuk hanya memberi tumpuan kepada dua pertubuhan politik ad-hoc Sabah iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang masing-masing dipimpin 2 bekas ahli Parlimen BN iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing.

Walhal, kedua-dua pertubuhan politik tersebut masih setahun jagung umurnya, ditubuhkan pulak oleh bekas pemimpin UMNO dan UPKO tanpa matlamat yang jelas.  Keluar UMNO dan UPKO pun sebab tuntutan peribadi masing-masing tidak dipenuhi.  Berbanding dengan SAPP yang lebih lama dan matang dengan politik Sabah.

Tapi tidak mengapalah kata Anwar, APS ke, PPPS ke atau GPS sekalipun, bertanding nanti tetap guna lambang PKR.  Hujung pangkalnya, tetap PKR juga yang untung.

Bagaimanapun, Anwar terlupa, bila dia gagal menyelesaikan masalah pembahagian kerusi di Sabah ini, ia juga menunjukkan Anwar seorang pemimpin yang gagal juga.  Walaupun urusan di Sabah ini diserahkan kepada blue eyes boynya, si Azmin Ali, tapi sebagai mastermind kepada segala pergolakan politik di Sabah, Anwar memikul tanggungjawab penuh atas kegagalan ini.

Disamping itu, membuktikan juga taktik Anwar menjanjikan satu jawatan kepada banyak orang, sudah mula makan diri.  Dulu, dia janji jawatan Ketua Menteri Sabah pada Yong Teck Lee, bila Lajim dan Bumburing melompat keluar dari Bn, jawatan itu dijanjikan pula kepada kedua mereka (secara giliran).

Sekarang bila Teck Lee tuntut janji, Anwar dah pening, penyudahnya Teck Lee diketepikan.

Nasib sama penulis yakin akan melanda PAS dan DAP di Semenanjung ini juga.  DAP mungkin kurang impak kerana parti itu kurang nak berkompromi, paling teruk PASlah.  Kerusi majoriti Melayu, jangan mimpilah PAS nak bertanding, PKR akan utamakan calonnya dulu.

Macam biasalah PAS, pergi mana-mana pun memang ditakdirkan untuk jadi bodoh dan diperbodohkan sahaja.
Jadi benarlah kata Perdana Menteri semalam, kalau Pakatan ini kalah nanti, jangan cuba nak sembunyikan kelemahan dengan menimbulkan huru hara ya.  Pasal PM pun tau, dari data dan perkembangan semasa, puak-puak ini akan tewas dalam pilihanraya akan datang kerana sibuk berebut sama sendiri.

Paling tidak 5 kawasan parlimen di seluruh negara akan menyaksikan PAS bertanding menentang PKR dan PKR bertanding menentang DAP.  Kita ada semua maklumat ini, tunggu masa sesuai nak dedah saja.

Mungkin lepas 22hb inilah kot!!!

Opppss…..

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment