Thursday, February 28, 2013
Rakyat Selangor Tak Perlukan "Air Liur" Faekah...
Giat sungguh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” mengarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, mengelilingi Selangor menganjurkan Forum Air Selangor bagi memperjelaskan tentang isu masalah air yang menghantui rakyat.
Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor, rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak putus-putus menghadapi masalah gangguan air dan ia semakin meruncing dari hari ke hari hinggalah hampir tamat tempoh penjajahan Pakatan Haram di negeri termaju itu.
Sudah seminggu, Faekah menggerakkan pasukan“auta”nya ke Pandan Indah untuk bertemu rakyat tapi hadirin yang hadir boleh dikira dengan jari.
Malangnya, dalam forum berkenaan tiada seorang pun pakar industri air dijemput untuk menjadi panel. Hanya Faekah saja yang berdiri dan bercakap di atas pentas di depan hadirin“menjual air liur”nya.
Siapa Faekah untuk bercakap mengenai permasalahan air di Selangor? Dia bukan pakar dalam bidang itu. Dia hanyalah seorang bekas peguam yang berhenti kerja dan menceburi bidang politik yang cuba menegakkan benang yang basah demi kepentingan Khalid. Itu saja.
Peguam menjual “air liur” dan Faekah perlu tahu bahawa rakyat tidak memerlukan “air liur”nya bagi memenuhi keperluan hidup mereka seharian. Rakyat mahukan bekalan air bersih! Itu fakta dan isu sebenarnya.
Ketika berdiri di depan rakyat, Faekah benar-benar melepas geram berceramah politik. Boleh dikatakan tidak ada satu pun kenyataannya yang berbentuk praktikal yang menyatakan tindakan segera yang bakal diambil untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat.
Mungkin Faekah belajar dari Khalid yang hanya tahu bercakap, mencadangkan, mengesyorkan kajian dan berforum tanpa sebarang tindakan yang mampu memberikan kelegaan di hati rakyat yang sedang menderita.
Tak habis-habis Faekah memburuk-burukkan syarikat konsesi air Selangor, SYABAS. Padahal, syarikat itu berjaya mengurangkan air tidak terawat (NRW) dari 42% kepada 35% sejak beroperasi membekalkan air bersih di Selangor dan Lembah Klang.
Walaupun menunjukkan prestasi yang baik, Kerajaan Pakatan Haram Selangor seolah-olah sengaja melakukan sabotaj terhadap syarikat itu dengan tidak meluluskan permohonan pinjaman. Padahal, SYABAS hanya memohon kelulusan dari Khalid untuk meminjam dari bank. Apa masalahnya? SYABAS minta duit dari Khalid, kah?
Paling mengejutkan, Khalid sebenarnya tahu bahawa nilai kesemua syarikat konsesi air di Selangor ialah RM12.1 bilion. Tapi dia sengaja menawarkan harga RM9.65 bilion untuk membeli syarikat-syarikat itu dengan alasan “amal jariah untuk rakyat”. Syarikat mana yang sanggup rugi berbilion ringgit?
Lagipun, Khalid “Gagap”pernah“tergagap” membeli syarikat Talam Corp dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran. Kenapa dia beli syarikat itu dengan harga tinggi sedangkan ia memiliki hutang beratus juta? Kerana nak selamatkan “syarikat kroni”nya, kah?
Mengejutkan, Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak segan-segan mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan dana rezab berjumlah RM2 bilion sebagai “deposit” untuk membeli syarikat-syarikat tersebut.
Dalam ertikata lain, Khalid tak punya aliran tunai untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu dan terpaksa mengeluarkan wang simpanan dari “tabung” kerajaan negeri yang sepatutnya disimpan untuk digunakan di wkatu kecemasan.
Bukan sedikit nilai RM2 bilion dan Khalid mahu menggunakan wang rakyat untuk memuaskan hatinya melaksanakan penstrukturan air di Selangor? Nampaknya Selangor benar-benar miskin sehingga terpaksa “mengorek tabung”!
Melucukan hati, Faekah melalut pula dalam ucapannya dengan melaungkan misi Pakatan Haram yang mahu menjajah Putrajaya.
Nak uruskan air di peringkat negeri pun tak mampu, ada hati Faekah nak sebut nama Putrajaya? Dia tak cermin diri, kah? Eloknya Faekah ambil alih “balairaya” sajalah. Itu pun belum tentu lagi mampu, kan?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment