Wednesday, February 06, 2013

PKNS Akan Hilang Lebih Banyak Aset??


23 Disember 2012

Pemindahan lima aset komersial dari Perbadanan kemajuan negeri Selangor (PKNS) kepada anak syarikat perbadanan tersebut membuka peluang kepada risiko aset-aset tersebut terjual dengan sebegitu mudah.

Ramai yang tidak sedar bahwa anak-anak syarikat dibawah PKNS tidak mempunyai elemen yang sama seperti PKNS. Tidak seperti PKNS yang merupakan sebuah badan yang berhubung terus dengan pentadbiran kerajaan negeri, anak-anak syarikat PKNS tidak berkongsi ikatan yang sama sepertimana perbadanan itu dengan kerajaan negeri.

Kini, dengan niat untuk menambahkan keuntungan kepada kerajaan negeri, pihak-pihak tertentu di dalam PKNS ingin menukar hak milik beberapa aset utama kepada sebuah anak syarikat yang bernama Private Real Estate Company atau PREC. Anak syarikat ini akan memiliki aset-aset seperti SACC Mall, PKNS Shah Alam, PKNS Bangi, sebuah bangunan di Petaling Jaya dan Wisma Yakin.

Sebagai sebuah syarikat yang bersifat hak milik penuh PREC berkemungkinan boleh dijual beli dan ini membuka ruang yang luas untuk kerajaan negeri kehilangan segala aset yang dimilikinya. Mungkin kerajaan negeri telah terlupa bahawa harta dan aset yang mereka gadaikan itu bukanlah hak milik individu ataupun mana-mana parti politik kerana ianya adalah milik rakyat negeri Selangor.

Namun apa yang pasti daripada tindakan kerajaan negeri ini ialah, kadar sewa yang akan naik berganda-ganda disebabkan penyelengaraan dilakukan oleh sebuah institusi korporat dan hanya berpaksikan keuntungan.

Kerajaan negeri Selangor nampaknya terlupa bahawa tujuan PKNS diwujudkan bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Perbadanan tersebut diwujudkan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional adalah bertujuan untuk melestarikan rakyat Selangor dan memberikan peluang kepada mereka untuk berniaga.

Apakah dengan menswastakan PKNS secara penuh akan memberikan keuntungan kepada rakyat Negeri Selangor atau ianya hanya satu strategi untuk menguntungkan sesetengah pihak? Isu panas berkenaan Talam Corporation (atau sekarang dikenali sebagai Triniti Corporation) masih belum diselesaikan timbul pula isu pemberian aset-aset PKNS kepada sebuah syarikat yang tidak tahu dari mana asal usul mereka.

Ada ura-ura yang menyatakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dan para kroni beliau telah sedar bahawa mereka tidak akan berpejabat di SUK lagi selepas PRU-13 nanti. Cabaran utama beliau kini adalah untuk memastikan segala hasil bumi Selangor tidak terlepas dari tangan mereka. Boleh dikatakan 100% aset yang ada di negeri Selangor pada masa kini adalah hasil dari pemerkasaan ekonomi rakyat yang telah di usahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu. Adalah satu kerugian yang besar sekiranya hasil usaha untuk rakyat ini dilepaskan kepada segerombolan manusia yang hidup mereka berpaksikan kepentingan peribadi dan bukannya pembangunan rakyat.

Tan Sri Khalid Ibrahim dan para pengikutnya harus dihalang dari terus menggadaikan harta kerajaan negeri. Sungguhpun beliau dikatakan seorang peniaga yang hebat suatu masa dahulu, sebagai seorang pemimpin negeri, beliau tidak lagi boleh berfikiran sedemikian. Beliau haruslah sedar, negeri Selangor bukanlah sebuah syarikat untuk beliau terus mengaut untung peribadi.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment