Wednesday, February 20, 2013
BN Tak Pernah Tinggal Pengundi Walaupun Kalah
PR? Bayang Pun Tak Nampak Walaupun Menang…(sambungan tajuk di atas, panjang sangat).
HARI ini hari Rabu, seperti mana biasa, hari beroperasinya Pusat Khidmat Masyarakat BN di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang kalah dalam pilihanraya yang lepas.
Di negeri tempat penulis duduk ini, memang hari Rabu ditetapkan untuk hari pemimpin bertemu rakyat, termasuk Menteri Besar, ADUN dan Penyelaras DUN/Parlimen yang dilantik di kawasan yang tewas.
Di kawasan penulis menetap, begitu jugalah jadualnya, hari Rabu dan pusat khidmat itu meletakkan beberapa orang petugas bagi membantu rakyat yang ingin meminta bantuan. Kebetulan hari ini bercuti, ada urusan sikit, dapatlah lihat keadaan sebenarnya yang berlaku di pusat khidmat BN ini.
Sementara, pejabat ADUN pembangkang pula berada di tingkat 2 bangunan berhadapan, taklah berdepan sangat, ada serong-serong sikit, tapi sekadar nak kata, tak jauhlah.
Yang penulis lihat suasananya berbeza. Pusat khidmat BN ditunggu orang seawal pukul 9 pagi (buka pukul 10) setiap Rabu. Yang nak minta bantuan kewangan kecil-kecilan, yang nak minta dihantar ke hospital, surat sokongan dan sebagainya.
Macam kes pagi tadi, seorang nyonya tua takdak duit nak ke hospital, dapat RM 300 dan petugas pusat khidmat siap panggil ambulan datang membawanya ke hospital lagi.
Klinik 1Malaysia taklah berapa jauh, tapi nak berjalan kaki ke situ untuk orang tua macam nyonya ini, masalah juga sikit.
Sedangkan pejabat ADUN pembangkang (DAP), kosong dan lengang. Dahlah tu, letak ditingkat 2, lift pulak tarak, orang muda laratlah panjat, orang tua macam nyonya tu?
Tujuan penulis cerita panjang lebar ini sekadar nak menyatakan bahawa, BN tidak pernah meninggalkan rakyat walaupun tewas di kawasan terbabit. Pemimpin-pemimpin BN pun tidak henti-henti berkhidmat, tak seperti yang sering ditohmahkan puak kera, hanya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin sahaja yang berkhidmat, lain orang tidur.
Kera pilih nak nampak 2 pemimpin itu, memanglah kera nampak 2 pemimpin itu sahaja.
Hakikatnya, pemimpin BN buat kerja pada setiap masa diperlukan rakyat. Hari Rabu ini hanya hari bertemu rakyat secara rasmi dan formal, kalau nak minta pertolongan, kecemasan dari masa ke semasa, tak payah tunggu hari Rabu pun.
Sementara ADUN pembangkang, walaupun dia menang, jengok rakyat pun tidak.
Nak bersumpah tak reti, tapi terus teranglah kan, daripada menang (2008), sampai sekarang, penulis tak pernah jumpa ADUN kawasan penulis mengundi. Walaupun tidak menetap disitu, tapi hari-hari ke situ kerana urusan keluarga.
Ada juga tanya-tanya mak, “ADUN PKR tu ada datang mak?”, mak jawab balik, “rupa dia pun tak kenal”……gelak penulis.
Lebih teruk lagi, kawasan itu walaupun dimenangi PKR, tapi ada pulak penyelaras DUN PKR, orang lain pula. Biasanya penyelaras ni hanya untuk DUN yang kalah, DUN yang menang pun ada penyelaras juga? Nampak sangat ADUN berkenaan makan gaji buta dan tidak bekerja.
Jadi kalau ada dakwaan hanya pemimpin tertinggi BN sahaja yang bekerja keras, pemimpin lain tidur, penulis berani potong jari, kenyataan itu tidak benarlah (sekurang-kurangnya dari apa yang penulis nampak di kawasan penulis).
Pemimpin peringkat akar umbi ini menjalankan fungsi di pusat khidmat masing-masing.
Rakyat pun tahu, nak-nak jenis yang ada masalah macam rumah terbakar, kemalangan, kematian dan sebagainya. Mereka tahu nak tuju siapa untuk minta bantuan, yang nyata bukan ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang, walaupun memang itu kerja mereka sebagai wakil rakyat.
Alasan banyak sangatlah, takde peruntukanlah, takde itu, takde ini. Tapi sebelum dapat dulu, bukan main lagi janji, bersembur-sembur air liur. Dah dapat? Haram!!!
Paling menggelikan hati, ada juga dikalangan ADUN pembangkang ini yang rasa dah buat kerja sebabdia dah ‘update’ masalah rakyat berkenaan dalam blog dia!! Apa masalah boleh selesai dengan update dalam blog?
Jadi dalam pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi ni, janganlah diundi calon-calon parti-parti kera, DAP, PAS dan PKR ini. Menghabiskan beras sahaja. Yang dia menang pun tak berjalan, yang dia kalah tinggal macam itu sahaja.
Undilah BN.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment