Monday, February 18, 2013

PSY Tak Gaul Yee -Sang Pun Jadi Isu, Dah Habis Modal Ke?


16 Februari 2013


dapster-logo
ENTAH apalah yang besar sangat pada pembangkang ini dengan ketiadaan penyanyi megastar, Psy dalam upacara menggaul Yee-Sang selepas persembahan di Pulau Pinang tempoh hari, sehinggakan pemimpin PAS berlumba-lumba menjadikan perkara itu seolah-olah isu besar.

Kononnya ketiadaan Psy semasa upacara menggaul Yee-Sang itu membuktikan penolakan Psy terhadap konsep 1Malaysia, memalukan Perdana Menteri dan macam-macam perkara karut lagilah.

Termasuk dakwaan Nizar Jamaludin bahawa Psy meminta bayaran RM 3 juta untuk menggaul Yee-Sang itu saja!!

Ironinya, sementara ada kera-kera pembangkang dalam portal ini yang begitu kisahkan penulis supaya membawa penceritaan politik yang lebih serius dan membantu UMNO kononnya (rasa tercirit masa ini juga), pemimpin depa sendiri cakap perkara-perkara yang remeh tak habis-habis.

Kera cakap macam bagus, pemimpin kera dok cakap benda bodoh macam itu jugalah.

Walhal ketiadaan Psy semasa upacara menggaul Yee-Sang itu ada kaitan dengan ancaman keselamatannya yang diberi perhatian serius oleh pihak polis.  Psy bukan macam Perdana Menteri yang memang mempunyai pasukan kawalan keselamatan sendiri, tapi kalau apa-apa berlaku pada beliau, maruah negara ini akan terjejas dengan teruk.

Maklumlah megastar!!

Perdana Menteri sendiri, serta pemimpin kerajaan yang lain pun terpaksa meninggalkan pentas dengan segera kerana ancaman yang dimaksudkan.

Takkanlah untuk menggaul Yee-Sang itupun Psy perlu dibayar jumlah sama yang dibayar untuk persembahannya Nizar ooi.  Kera-kera depan pentas ceramah kau tu percayalah cerita bodoh macam ini.
Sebetulnya ini semua ada kaitan dengan politik keganasan pembangkang.  DAP sebagai sebuah parti yang diuruskan sepenuhnya oleh organisasi mafia tempatan, memang berbulu dengan persetujuan Psy menerima tawaran BN untuk mengadakan persembahan di negeri yang dia perintah pulak tu – Pulau Pinang.

Pelbagai usaha dilakukan DAP untuk menggagalkan kedatangan Psy, dari facebook, Twitter dan lain-lain untuk menakutkan Psy dari datang ke sini.  Tapi Psy datang juga, dia peduli apa dengan politik, asal boleh masyuk dia marilah.  Dah cari makan pun dengan cara itu, nak buat macam mana.

Jadi logiklah bila Psy turut menerima ancaman keselamatan bila mengadakan persembahan di negeri yang diperintah DAP.  Kalau DAP boleh upah orang untuk buat onar dalam majlis tersebut, apa DAP tak boleh upah orang untuk cederakan Psy?

Ini semua bukti terdesak pembangkang nak jadi kerajaan.  Buat cerita bohong, buat cerita palsu, jatuhkan maruah pemimpin dan segala tindakan seumpama dengannya.

Tapi dalam masa sama orang sama juga cakap pasal saksi, pasal halal haram, dosa pahala!!  Hipokrit tak hipokritnya kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment