Wednesday, February 06, 2013

Bila Orang PAS Tukar "Khalifah" Menjadi "Tokong"


2 February 2013


ah beng



Seorang rakan dari Pulau Pinang baru-baru ini menghubungi saya dalam keadaan marah-marah apabila “Khalifah”nya, Lim Guan Eng mengatakan bahawa harga sebuah rumah “mampu milik” di Pulau Mutiara itu boleh didapati dengan harga “serendah” RM400,000..!

Ketika dia melepaskan geram melalui corong telefon bimbit, saya hanya mendiamkan diri dan mendengar dengan sabar leterannya kepada anak lelaki Lim Kit Siang itu sambil sekali-sekala memberi respon.
Sebenarnya, saya malas nak melayan kerenah leteran sahabat saya ini memandangkan dialah dulu yang begitu beriya-iya “melambung” Guan Eng sebagai “Khalifah Umar Abdul Aziz” di Pulau Pinang. Maklumlah, dia memang ahli PAS “totok”…

Dan kini, dia bukan lagi merungut. Malah dia maki hamun Guan Eng sepuas-puasnya dan tidak lagi menyebut tentang gelaran “Khalifah” yang diberikan kepada Setiausaha DAP itu.

Paling menarik, dia kini menggelar Guan Eng sebagai “tokong”, merujuk kepada gelaran yang dikatakan telah diberikan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, atau lebih dikenali sebagai “Chot Pemuhong”…

Saya sebetulnya lebih dikenali sebagai “tempat mengadu” bagi rakan-rakan PAS memandangkan latar belakang dan sifat saya yang bersikap kritis terhadap pergerakan parti itu selama ini.

Sebelum mengakhiri perbualan kami, saya sempat berseloroh memulangkan “paku buah keras” padanya dengan menyuruh rakan saya itu “meneruskan lagi sokongannya kepada pimpinan Khalifah kesayangannya itu”.

Mungkin panas dengan seloroh tersebut, rakan saya bermati-matian menegaskan bahawa dia dan rakan-rakannya yang lain takkan lagi mengundi DAP mahupun PKR pada PRU ke-13 nanti.

Sejauh mana kebenaran kata-katanya itu, wallahu’alam. Maklumlah, janji orang PAS ni bukannya boleh dipercaya sangat, kan?

Balik kepada isu yang mencetus kemarahan rakan saya itu, saya tertanya-tanya tentang kewajaran meletakkan harga rumah “mampu milik” itu sebanyak RM400,000. Berapa kerat sangatlah rakyat di negara ini yang mampu membeli rumah semahal itu?

Kakitangan kerajaan yang bergaji di antara RM3,000 hingga RM5,000 pun belum tentu mampu memiliki rumah semahal itu memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi di Pulau Pinang. Jadi, di mana letakkan rasional Guan Eng dalam isu ini?

Sekiranya Guan Eng mahu menetapkan harga syiling bagi rumah mampu milik, sepatutnya dia melihat kepada kemampuan rakyat dari golongan rendah dan sederhana yang hanya mampu memiliki rumah yang berharga sekitar RM100,000 hingga RM200,000 sahaja.

Membeli harga rumah bernilai RM100,000 itupun sebenarnya masih belum menjamin kestabilan kewangan seseorang itu memandangkan dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kos sara hidup seperti sewabeli kenderaan, utiliti, makan minum dan sebagainya.

Sekiranya Guan Eng meletakkan harga mampu milik itu dengan merujuk kepada kemampuan kaum Cina, memang betullah memandangkan mereka memegang lebih dari 45 peratus kek ekonomi negara dan memonopoli di dalam pelbagai sektor ekonomi sokongan yang lain.

Tapi bagi kaum bukan Cina, sudah tentu harga tersebut dilihat sangat tidak munasabah untuk dikatakan sebagai “kos mampu milik” memandangkan pendapatan mereka yang jauh lebih rendah, bukan?

Pada saya, jika Guan Eng mahu halau kaum bukan Cina dari Pulau Pinang secara tersirat sekalipun, buatlah cara lain. Dengan cara ini, nampak sangat niat busuknya nak mengusir kaum bukan Cina keluar dari Pulau Mutiara itu…

Kalau bercita-cita nak “merepublikkan” Pulau Pinang selepas PRU ke-13, berterus-terang sajalah. Senang kaum bukan Cina nak rancang tindakan mereka pada pilihanraya ini. Bukan payah sangat nak jatuhkan rejim Guan Eng di Pulau Pinang di atas kertas undi, kan?

Pangkah saja BN, baru Guan Eng tahu langit itu tinggi atau rendah, kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment