Tuesday, February 26, 2013
Rakyat Dah Bagi Peluang, Perlukah Hadi Merayu Lagi?
Semalam semasa berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam Convention Center (SACC), Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan nada merayu meminta rakyat negara ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk mentadbir negara ini selepas PRU 13.
Katanya lagi, PR yang dianggotai DAP, PKR dan PAS tidak berniat untuk memerintah sepanjang hayat sebaliknya sedia dihukum melalui sistem demokrasi yang adil dan saksama.
Sama ada Hadi lupa atau sengaja mahu menyindir Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berada di sana, sukar untuk ditentukan. Tapi umum tahu nafsu duniawi Nik Aziz menggelodak sakan untuk menduduki kerusi MB Kelantan sampai akhir hayatnya.
Bagaimana pun, rayuan Presiden PAS yang paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu mungkin berkesan menarik simpati kalangan segelintir ahli dan penyokong PAS yang pemikirannya saling tak ubah seperti katak di bawah tempurung. Tapi bagi majoriti rakyat negara ini yang melihat dunia dari kaca mata burung tentu sahaja memandang sepi sambil menjuih bibir ucap di masa yang sama masing-masing makin berkeinginan untuk menolak PR dalam PRU 13 kelak.
Pasca PRU 12 tahun 2008 dulu yang menyaksikan hampir sebahagian pengundi berdaftar berpaling tadah dan cuba membuat eksperimen dengan membenarkan PR menjajah 5 negeri termasuk Perak(sehingga Februari 2009), sebenarnya sudah mencukupi sebagai penilaian betapa lemahnya pemimpin PR dalam hal-hal pemerintahan.
Dari hal masalah pengurusan hak milik tanah dan pembalakan berleluasa di Kedah, Perak dan Kelantan, skandal perlombongan pasir, masalah bekalan air dan penjualan aset negeri di Selangor, masalah pelaburan dan peluang pekerjaan di Kelantan serta keangkuhan DAP di Pulau Pinang, semuanya berlaku kerana kelemahan urus tadbir pemimpin PR.
Itu belum lagi diungkit soal janji dari manifesto PR sempena PRU 12 yang sehingga sekarang masih banyak gagal dilangsaikan. Janji ditaburi, dimungkiri dan dicapati, ada pemimpin PR kisah ambil peduli untuk membuktikan setiap janji ditepati? Kini PR merayu supaya diberi peluang lagi siap bersama janji manis yang sebahagiannya di kitar semula dan gagal ditepati, apa Hadi ingat rakyat akan terjerat untuk kali keduakah?
Tsunami politik yang berlaku dalam PRU 12 dulu tidak diambil iktibar pengajaran oleh pemimpin PR untuk memperlihatkan kemampuan mereka yang lebih baik dari BN dari pelbagai segi, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan untuk berpolemik dan berpolitiking sepanjang masa untuk mengejar kuasa yang lebih besar pada PRU 13.
Sedangkan BN pula tanpa menyalahkan pihak lain, selepas setahun dilanda tsunami terus bangkit memperbetulkan kesilapan selepas bermuhasabah diri sendiri dan membaiki kelemahan. Satu perubahan sikap yang terpuji yang tidak mungkin sesekali dilakukan oleh mana-mana pemimpin PR sama ada dari DAP, PKR mahupun balacinya dari PAS.
Pemimpin-pemimpin PR pula masing-masingnya semakin meninggi diri, kereta mewah bersilih ganti, rumah sederhana menjadi sebesar-besarnya, isteri yang satu kalau tak dua kini menjadi tiga, kroni dan saudara sekeluarga di beri jawatan itu dan ini, tak cukup dalam parti, habis jawatan peringkat agensi negeri di sapu untuk kepentingan diri dan kroni.
Itu tak termasuk lagi hal ehwal Islam dan maruah agama yang makin diinjak-injak dan gagal dipertahankan oleh PAS, dari hal akidah dan permurtadan, pengiktirafan PR kepada golongan lgbt sehinggalah kesucian kalimah Allah s.w.t yang sepatutnya dijunjung tinggi akhirnya tergadai atas nama kebebasan dan hak asasi.
Pendek kata sepanjang bertahun peluang diberikan oleh rakyat kepada PR, lebih banyak mudarat berbanding manfaatnya. Cukuplah hampir 5 tahun PR memerintah Kedah, Penang dan Selangor serta 23 tahun PAS dibiarkan bermaharajalela di Kelantan. Rakyat sudah cukup serik, Bo la weii…
Hadi merayu PR diberi peluang memerintah, rakyat sudah merealisasikan dan terbukti PR mahupun PAS gagal memanfaatkannya. Hadi kata PR sedia dihukum, tapi adakah Hadi dan pemimpin PR yang lain sedia dan redha menerima penghukumannya?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment