Tuesday, February 26, 2013

Azizan Razak Makin "Kalut" Dihambat Kakitangan KUIN


22 Februari 2013


200 pekerja kuin tunjuk perasaan kolej isaniah
Nampaknya bukan main marah lagi Azizan Razak pada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menyerahkan memorandum dan mengadu padanya tentang salah pengurusan institusi pengajian tinggi itu yang diketuai oleh sahabat sehidup sematinya,Rektor, Datuk Dr. Jamil Osman.

Dalam kenyataannya pada media baru-baru ini, Azizan mencabar supaya seluruh kakitangan KUIN melaporkan masalah mereka pada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar Kedah itu mempersoalkan siapa kakitangan KUIN padanya untuk tunduk pada desakan supaya meminta maaf atas salah pengurusan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan tertinggi IPT tersebut.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah memanggil kakitangan KUIN untuk berkerja di kolej universiti itu dan dia mencabar mereka supaya meletak jawatan beramai-ramai sekiranya tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan yang dipilihnya.

“Tak mau..pi kerja tang lain, saya tak heran”, kata Azizan sambil mempersoalkan mengapa kakitangan KUIN itu tidak datang berjumpa dengannya untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi.


Selamba saja Azizan menghalau kakitangan KUIN untuk meletak jawatan sedangkan pihak pengurusan universiti itu sebenarnya yang terlebih dahulu menawarkan pekerjaan kepada kakitangan sebelum tawaran tersebut diterima oleh kakitangan di situ.

Apakah dia lupa tentang konsep “offeree and offerror” di dalam undang-undang kontrak?

Mungkinkah Azizan sudah “nyanyuk” sehingga terlupa bahawa kakitangan KUIN sudah datang berjumpa dengannya lebih dari tiga kali untuk mengadu nasib mereka yang dianiaya Dr. Jamil?

Untuk pengetahuan Azizan lagi, sumber dalaman memberitahu bahawa kakitangan KUIN kini sedang sebok berulang-alik ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan dan memberi keterangan terhadap pihak SPRM berhubung kes kezaliman pengurusannya dan Dr. Jamil.

Paling tak tahan, Azizan cukup marah bila Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil membela nasib kakitangan KUIN baru-baru ini. Dia selamba menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik amukan kakitangan KUIN tersebut.

Sebenarnya, Shahrizat baru saja dua kali mengeluarkan kenyataan mengenai IPT itu dan baru saja dua tiga hari lalu menegaskan bahawa Wanita UMNO akan membela nasib kakitangan KUIN yang dizalimi Azizan dan kroni-kroninya.

Sedangkan isu kezaliman pihak pengurusan KUIN ini telah berlaku sejak IPT itu diambil alih oleh PAS Kedah pada tahun 2008 lagi. Pelbagai siri demonstrasi telah dianjurkan kakitangan KUIN sama ada di kampus Alor Setar mahupun kampus baru di Kuala Ketil.

Malah, mereka sudah lama menggerakkan wakil-wakil mereka yang terdiri dari golongan PAS “totok” untuk berjumpa dengan Azizan dan beberapa Exco Kerajaan PAS Kedah, namun tiada sesiapa yang nak melayan aduan mereka.

Bayangkan, salah seorang ketua penggerak demonstrasi KUIN itu merupakan aktivitis PAS yang aktif berkempen di PRK Bukit Gantang mempromosi Nizar Jamaluddin. Tapi mamat itu pun ditepis ketepi dan tidak diendahkan PAS Kedah!

Jadi kemana lagi mereka nak mengadu kalau bukan pada pembela rakyat sebenar? Salahkah mereka mengadu pada UMNO dan media? Bukankah PAS sendiri selalu buat perangai begitu? Dan sekarang nak salahkan kakitangan KUIN?

Nampak gayanya Azizan sendiri sudah “kalut”. Dia diserang kiri dan kanan, depan dan belakang, dari atas dan dari bawah. Bukan saja berhadapan dengan UMNO, Azizan juga kini berdepan dengan ombak puak PAS yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment