Wednesday, February 06, 2013
PAS Tiada Masa Perjuangkan Akidah
Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik
Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta
bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.
Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima
syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya
mempengaruhi sikap PAS.
Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk
diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul
Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu
Islam.
Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk
membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting
untuk difikirkan.
Akhir tahun lalu, PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah
kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam
yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,
Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila
membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar
meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.
Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku, kelu dan
bisu jadinya.
Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama
terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari
dari landasan perjuangan.
PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu. PAS hari ini sudah
dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup
hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.
Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat
dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.
Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja
bertepuk tangan kegembiraan.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment