Wednesday, February 06, 2013
Manifesto Bukan Janji, Tawaran Mega PR Hanya Janji Ditaburi
Manifesto bukanlah satu perjanjian, demikian kata-kata keramat yang terpancul
keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 yang
lepas ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu tunggakan air percuma
berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor.
Maksud pemimpin PR itu ialah apa sahaja yang termaktub dalam manifesto yang
dicanangkan oleh PR bukanlah satu bentuk perjanjian yang wajib dipenuhi
sebaliknya ia hanya satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata
pengundi.
Jika sekalipun ia sebenarnya adalah satu janji, namun ia sekadar untuk
ditaburi, boleh sahaja bila-bila masa diingkari dan bukannya satu kemestian
untuk dipatuhi.
Mungkin menyedari sebahagian besar rakyat masih mengingati kata-kata keramat
pemimpin PKR itulah agaknya maka semasa pakatan pembangkang menghimpunkan
penyokong mereka di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau sehari dua lepas
perkataan MANIFESTO dan JANJI diganti dengan perkataan TAWARAN MEGA.
(Diulangi sekali lagi, TAWARAN MEGA dan bukannya JAM OMEGA. Harap baca
betul-betul).
Dalam perhimpunan politik penuh retorik yang dihadiri sekitar 7,000 orang
penyokong PR itu (media propaganda PR dakwa 20,000 dan 30,000 yang hadir), Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Tawaran Mega 3+6 meliputi peringkat
pusat dan negeri.
Antara kandungan tawaran mega peringkat pusat itu termasuklah melibatkan
penempatan generasi kedua Felda, pembayaran royalti 20% dan isu prasarana
kemudahan perhubungan.
Diikuti enam tawaran peringkat negeri membabitkan penyediaan lot rumah dan
penstrukturan kampung baru, permohonan tanah, isu tanah Orang Asli, penurunan
cukai pintu dan sistem tender terbuka.
Melihat pada respon sesetengah penyokong PR yang terlopong mendengar segala
tawaran itu sambil bertepuk tangan, mudah untuk kita fahami itu tandanya mereka
mudah tertipu dengan retorik terbaru Anwar dan gerombolannya.
Namun bila diperhatikan ramai juga penyokong PR yang lain hanya sekadar
tersengih sinis semacam mendengar penjual ubat di jalanan menjual temberang, itu
maknanya dah ramai juga penyokong PR yang semakin menyedari tipu daya pemimpin
mereka.
Sama ada ia satu manifesto, janji politik atau tawaran mega itu dan ini,
maksudnya tetap sama, bunyinya saja berlainan. Hakikatnya reputasi Anwar dan
gerombolan pemimpin PR dalam bab menabur janji sana sini sudah terkenal seantero
dunia.
Di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan sehingga kini tiada satupun
pendidikan percuma hatta untuk anak-anak yang bersekolah di tadika pun masih
perlu membayar yuran bulanan dan yuran pendaftaran tahunan.
IPT kelolaan Kerajaan PKR Selangor yang hanya dua buah itu pun tak termampu
untuk diberi pendidikan percuma malah Kedah yang memiliki sebuah IPT pun tak
tertanggung yuran pengajiannya oleh Kerajaan PAS Kedah, ada hati lagi nak
kelentong orang ramai dengan janji baru yang ditaburi.
Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai sekarang tertanya mana
perginya janji yang ditaburi. Gaji minima RM1100 yang diwar-warkan sampai
sekarang tak terlaksana di Selangor, Kedah, Penang ataupun Kelantan.
Ini semua realiti dan hakiki bila kita membicarakan janji PR. Bagi mereka
segala janji manis sama ada yang termaktub dalam manifesto, pengisytiharan di
pentas politik mahupun janji yang ditaburi di media-media, semuanya sekadar
untuk mengaburi mata khalayak sahaja.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment