Monday, February 18, 2013
Budak-Budak Nak Lawan Najib, Tanda Lemahnya Pakatan
CADANGAN budak-budak yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU13 akan datang, sekadar membuktikan pembangkang ketandusan calon berkaliber untuk menentang Perdana Menteri.
Ya, pembangkang, sebab namanya memang GM13, tapi ‘bin’nya tetap Anwar Ibrahim!!
Kita pun tahu, budak-budak ini mana ada duit nak bayar deposit calon (belajar pun berhutang), melainkan ditaja pembangkang yang dapat dana yahudi dan salahguna dana rakyat Selangor.
Maka itu, alang-alang dah tau kalah, pembangkang cuba menjatuhkan ‘standard’ Perdana Menteri dengan meletakkan budak-budak tak habis belajar ini untuk menentang beliau di kerusi parlimen yang telah diwakili beliau sejak 1976.
Motif jahat ini tidak susah nak dibaca kerana memang dari mula, misi pembangkang yang diketuai Anwar ini hanya untuk menjatuhkan maruah Perdana Menteri saja, bukan ada masalah lain.
Kita pun tahu, apa budak-budak ini boleh buat untuk membawa suara rakyat di Parlimen (kok menangla)?
Kalau ikutkan, kita pun boleh letak budak-budak bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh, tapi pilihanraya adalah perkara serius, bukan boleh buat main-main. Jangan hanya kerana nak menyaingi tindakan bodoh Anwar Ibrahim, rakyat melihat BN pun kong kali kong juga memperlecehkan kesucian PRU dengan tindakan seumpama itu.
Dalam masa yang sama, penulis tidak pula melihat keperluan untuk BN bersungguh-sungguh menghalang budak-budak ini dari dicalonkan di Pekan. Biarkanlah, sebab penulis yakin tindakan seumpama itu hanya akan menjerat pembangkang semula dan memberi laluan mudah kepada Perdana Menteri untuk menang.
Lagipun tidak ada apa yang boleh dilakukan BN untuk menghalang budak-budak ini dari bertanding, asalkan sahaja mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya. Takut-takut nanti BN pula yang dituduh cuba menghalang demokrasi.
Jangan lupa juga, ini bukan tahun 2008, dimana rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan ketika itu menyaksikan begitu ramai calon pembangkang yang diletak setakat untuk mengisi kotak kosong, menang!!! Antara yang masuk kategori ini adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan Ahli Parlimen Merbuk, Rashid Din.
Bercakap tentang Gwo-Burne, dia cakap melayu pun tak reti, nak perjuang nasib rakyat macam mana?
Sepatutnya BN menjadikan pencalonan budak-budak ini sebagai contoh kepada rakyat bagaimana pembangkang meremehkan kepentingan pilihanraya umum demi menjayakan permainan politik kotor mereka.
Biar rakyat menunjukkan jalan keluar kepada keldai-keldai Anwar ini dengan menolak mereka dalam pilihanraya nanti
Kali ini penulis yakin kali ini rakyat sangat berpuas hati dengan corak pentadbiran baru yang dilaksanakan Perdana Menteri terutama dengan pengenalan skim-skim mesra rakyat seperti BR1M, SL1M dan sebagainya, dan tidak akan mengulangi perbuatan bodoh 2008.
Cuma sekarang, menanti calon-calon yang bakal ditampilkan BN sahaja, sama ada memenuhi kriteria winnable candidate yang ditetapkan Perdana Menteri atau tidak. Kalau tidak, adalah yang tidak buat kerja tu.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment