Wednesday, February 06, 2013
Gangnam : DAP Buat Parody, BN Bawak Datang Sini
FREE adalah kata kuncinya. Nak membuktikan bahawa kreativiti parti seumpama DAP ini hanya terhad kepada ubah suai (parodi) klip video Gangnam-Style untuk tarik minat orang muda mengundi parti tersebut.
Nak buat parodi dalam Youtube bukan kena bayar pun pasal parodi tak termaktub dalam hakcipta, walaupun parodi itu dijadikan lagu tema politik DAP untuk menghadapi BN dalam pilihanraya akan datang.
Tapi setakat itu sahajalah hebatnya, lebih dari itu tidak boleh. Mentang-mentanglah klip video tersebut ditonton lebih 1 billion kali, maka DAP pun nak menangguk keuntungan dengan menghasilkan parodi yang mengutuk BN dan ahli keluarga mereka.
Busuk punya strategi.
Sekarang bila BN bawak penyanyi Gangnam-Style, iaitu Psy ke negeri yang dijajah mereka, Pulau Pinangbagi memeriahkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN negeri tersebut, DAP dah panas tak tentu arah. Mulalah merepek, termasuk menuduh BN cuba meraih keuntungan politik dari kedatangan bintang rap Korea Selatan tersebut.
Eh, yang kau buat parodi tu bukan untuk tujuan politik ka?
Kelihatan disini, DAP juga sudah nampak sama macam PAS. PAS pun halnya lebih kurang itu juga, cuma bukan buat parodilah, tapi jangan ada penceramah popular sikit kang, mulalah digodanya hamba Allah itu untuk menyokong parti tersebut.
Lepas itu bila majlis ilmu melibatkan penceramah tersebut dapat sambutan, PAS juga yang terhegeh-hegeh nak mendapat kredit atas kejayaan tersebut.
Senang, mudah dan tak payah susah-susah nak cari penyokong. Penyokong penceramah itu, penyokong dialah kaedahnya. Ibarat beli rumah dah siap, tak payah susah-susah beli batu, beli simen, beli tanah, upah buruh dan sebagainya.
Sekarang ini ada tuduhan guna duit kerajaan pulak. Sudah tentu bukti yang dilampirkan hanyalah air liur masing-masing pemimpin DAP dan media lidah pembelit masing-masing.
Dah dijelaskan Ketua Pemuda BN negeri, urusan kedatangan Psy ke sini melibatkan sumbangan swasta, bukan kerajaan.
Rakyat harapnya jangan mudah terperangkap dengan strategi licik macam ini. Datang sahajalah beramai-ramai ke majlis sambutan tahun baru cina BN itu nanti, disamping berhibur, dapat juga menunjukkan sokongan terhadap Barisan Nasional. Kalau boleh biar sampai melimpah ruah, senang penulis nak teka angka.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment