Wednesday, February 06, 2013

SYABAS : bantuan Kerajaan Pusat Bukti Kegagalan PR Selangor


3 Februari 2013


khalid-ibrahim-bengap

DATUK Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bantuan sebanyak RM 120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk membantu syarikat tersebut menyelesaikan banyak masalah penyelenggaraan yang tergendala akibat tindakan kerajaan negeri Selangor membekukan perbelanjaan modal (CAPEX) syarikat tersebut.

Sebagai antara pemegang saham terbesar SYABAS iaitu sebanyak 30%, kerajaan negeri Selangor memang mempunyai kuasa untuk menyekat perbelanjaan modal SYABAS melalui 2 wakilnya dalam syarikat pembekal air tersebut.

Tanpa kelulusan lembaga pengarah, SYABAS memang menghadapi masalah untuk membuat peningkatan sistem bersifat kekal yang boleh membantu syarikat tersebut memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna mereka di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.

Alasan kenapa kerajaan PKR Selangor menghalang perbelanjaan modal SYABAS ini tidak sukar nak diagak.  Sudah tentu PKR cuba mensabotaj SYABAS agar diakhirnya mereka ada alasan untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa SYABAS gagal menguruskan bekalan air di negeri tersebut dengan baik.

Dan puak-puak ini perlu mengambil alih.

Pendekatan sama pernah digunakan dalam mensabotaj Alam Flora dari menguruskan sisa pepejal negeri tersebut.  Kononnya mahal dan perhidmatan tidak memuaskan, tapi bila dia ambil alih, keadaan bertambah teruk lagi, bukan bertambah baik.

Jadi, tindakan kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan wang sebanyak RM 120 juta terus ke akaun syarikat tersebut, memang membantu SYABAS dalam menyelesaikan semua masalah berkaitan pengurusan kewangannya yang disabotaj kerajaan Selangor.

Penulis juga tidak hairan kenapa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memperlekehkan bantuan kerajaan pusat ini.  Sudah tentu bantuan sebanyak ini merosakkan strategi Khalid untuk menyalahkan SYABAS atas semua masalah air yang berlaku di negeri tersebut kebelakangan ini.

Nak main politik pun agak-agaklah Khalid oooi, bukan dengan menyusahkan rakyat.  Penulis yakin rakyat negeri Selangor sedar dengan permainan kotor PKR Selangor in dan tidak lagi memilih mereka dalam pilihanraya akan datang.

Dalam masa yang sama, membuktikan juga bahawa BN tidak perlu menunggu untuk merampas kembali pemerintahan negeri tersebut dari tangan PKR sebelum boleh menghulurkan bantuan.  Sekarang pun boleh, sebab yang penting adalah rakyat, bukan politik.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment