Tuesday, February 26, 2013

Terima BR1M Binatang : Analogi Anjing Kucing Langsung Tak Kena


23 Februari 2013


nik_azizBr1m
NIK Aziz tersepit dah dalam isu menggelarkan penerima BR1M umpama binatang (lembu dan ayam).  Dia sendiri pun tak tahu macam mana nak cover keterlanjuran cakapnya melainkan mengeluarkan amaran untuk menyaman Utusan Malaysia kerana menyiarkan kenyataan tersebut.

Macam-macam versi dikeluarkan untuk membantu Nik Aziz, ada kata bukan penerima BR1M yang disamakan dengan binatang, tapi pemberi BR1M.  Kok itupun maksudnya, masih lagi membangkitkan kemarahan rakyat sebab orang membantu pulak disamakan dengan binatang.

Ada satu cara sahaja untuk Nik Aziz menyelamatkan diri, iaitu dengan mengaku dirinya nyanyuk dan kenyataan tersebut dikeluarkan kerana kenyanyukkannya, bukan niat begitu.

Tapi takkan Nik Aziz nak mengaku nyanyuk (walaupun memang nyanyuk), ini semua kita tahulah kan.  Jadi jalan terbaik ialah dengan mengarahkan balaci-balacinya pusing kenyataan tersebut sehabis mungkin – macam biasa.

Termasuk mengaitkan kenyataan menggambarkan penerima BR1M sebagai lembu dan ayam dengan peribahasa “bagai anjing dengan kucing” (tak boleh bertemu, mesti nak bergaduh).

Kalau boleh penulis bertanya, ini bodoh jenis apa?

Peribahasa anjing dengan kucing tu memang dah dikenal orang sebagai peribahasa, tapi mengumpamakan penerima BR1M sebagai “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi”, ni peribahasa mana pulak?

Peribahasa Kelantan, pepatah Nik Aziz?  Penulis dah jumpa beberapa teman asal Kelantan dan mendapatkan pengesahan bahawa perumpaan menyamakan orang menerima bantuan sama seperti ayam dan lembu ini tidak pernah ada dalam perbendaharaan kata Kelantan.

Ini memang kenyataan Nik Aziz semata-mata.  Cubaan nak menghalalkan kenyataan tersebut dengan mengaitkannya dengan peribahasa anjing dan kucing, adalah cubaan sia-sia.

Tidakkah nampak bodohnya itu cubaan macai untuk mengelirukan rakyat dan dalam masa yang sama melepaskan Nik Aziz dari ‘seksaan’ ini.

Mengaku sahajalah Nik Aziz, memang kau menggelarkan orang yang terima BR1M macam lembu dan ayam.  Jerami, hampas kelapa dan padi adalah analogi kepada wang BR1M yang diterima.  Semua orang faham ini, termasuk ahli PAS sendiri.  Sebab itu ada ahli PAS yang keluar parti tersebut kerana membantah kenyataan itu.

Nak konar-konar macam mana pun kena tetap kena.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment