Tuesday, February 12, 2013

RM 120 Juta Untuk Rakyat Selangor : Khalid Cemburu Rakyat Dibantu Kerajaan BN?


11 Februari 2013


khalid ibrahim
Saya ketawa “guling-guling” melihat muka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid“Gagap”, berkerut-kerut bila mendapat tahu tentang peruntukan sebanyak RM120 juta yang diumumkan Perdana Menteri kepada rakyat Selangor untuk mengatasi gangguan bekalan air yang mereka hadapi.

Pening kepala Khalid memikirkan apa dia nak jawab pada rakyat Selangor yang dibantu Kerajaan Pusat. Selama ini Menteri Besar itu asyik cadang, cadang dan cadang, tapi tak buat tindakan penyelesaian pun.

Rakyat dah mula bosan dan salahkan Khalid dengan “cadangan kosong”nya…Tiba-tiba pula Najib umumkan peruntukan itu, dan pada siapa yang dia nak alih kesalahannya kali ini? Fikir punya fikir, dia perlukan“talian hayat” dari Tony Pua yang terkenal dengan “fitnah bernombor”nya…

Maka datanglah Tony Pua dan mendakwa kononnya Kerajaan Pusat beri duit berbilion ringgit pada SYABAS. Dia tuduh Kerajaan BN nak kayakan SYABAS? Betul ke?

Karut..!!! Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kata dakwaan Tony Pua itu karut belaka, bermotifkan politik dan berniat jahat dengan memutar belit fakta.

Saya hairan dengan Tony Pua, dia tak serik-serikkah disaman atas tuduhan “fitnah bernombor”nya yang selalu bersifat serkap jarang dan sebut ikut suka hati mak bapak dia tanpa bukti atau fakta kukuh? Dia nak kutip derma bayar saman lagi ke?

Peter Chin menjelaskan bahawa peruntukan sebanyak RM120 juta itu sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang kini sedang menghadapi masalah gangguan bekalan air sejak tahun 2008 lagi.

Memandangkan Khalid asyik cadang dan kaji saja tanpa sebarang tindakan untuk mengatasi masalah air di negeri termaju itu, ia telah menjejaskan kehidupan rakyat di Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Dalam ertikata lain, sebab “kebengapan” dan “kegagapan”Khalid yang tak reti selesaikan masalah rakyat itulah maka Kerajaan Pusat terpaksa keluarkan duit sebanyak RM120 juta untuk memastikan rakyat dapat bekalan air secukupnya!

Duit itu bukan diberikan kepada SYABAS sebenarnya. Duit itu akan digunakan bagi membaik pulih semua masalah-masalah teknikal seperti pam rosak di Wangsa Maju, paip-paip bocor atau pecah di seluruh Selangor dan sebagainya.

SYABAS perlu dapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk baik pulih masalah-masalah tersebut dan selepas SPAN memberikan kelulusan maka barulah dana itu diberikan kepada SYABAS mengikut keperluan kos baik pulih. Takkanlah itu pun Khalid tak tahu?

Jadi, di mana betulnya tuduhan Tony Pua yang kononnya duit RM120 juta itu adalah untuk “selamatkan” SYABAS dari bankrap? Nampak sangat putar alamnya. Busuk sungguh niat Tony Pua ni, kan?

Apakah Tony Pua fikir Najib itu seperti Khalid “Gagap”yang sanggup menggunakan beratus ribu ringgit wang rakyat Selangor semata-mata kerana mahu menyelamatkan syarikat kroninya, Talam Corp?

Kalau skandal Talam Corp – Khalid “Gagap” pun masih lagi terkial-kial Pakatan Haram Selangor nak jelaskan rasional pembaziran wang rakyat untuk selamatkan syarikat tu, tak payahlah nak sebok-sebok fitnah orang lain. Itu namanya “politik jijik”!

Saya sarankan supaya Khalid cari pemimpin lain yang lebih bijak berbanding Tony Pua untuk bercakap mengenai masalah air di Selangor. Cuma saya tertanya-tanya, dalam Pakatan Haram Selangor tu ada ke pemimpin yang bijak dan rasional?

Nampak macam tak ada je…kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment