Tuesday, February 26, 2013
Parah !!! BERSIH Akan Nilai Integriti Calon Pilihanraya!!
AGAK geli juga hati penulis membaca kenyataan Ambiga bahawa calon Pakatan haram dalam pilihanraya umum akan datang tidak perlu menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya dengan Transparency International seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas.
Sebaliknya menurut Ambiga, pertubuhan haram pimpinannya, BERSIH akan menjadi pihak yang mengesahkan intergriti calon tersebut, termasuk calon BN dan Perdana Menteri sendiri.
BERSIH itu pun tidak ada intergriti, haram dan tidak di daftarkan, lagi mau ukur intergriti orang lain ka?
Tidak ada orang waras dalam negara ini yang mahu pakai penilaian intergriti BERSIH ini. berbanding Transperancy International , BERSIH tidak bebas sebab ditubuhkan oleh parti pembangkang. Ambiga sendiri bakal jadi calon pembangkang dalam pilihanraya akan datang.
Itu satu hal, satu hal lagi penyokong BERSIH ini adalah puak-puak ganas dan tak makan saman. Nak cerita intergriti macam mana dengan puak-puak ni?
Sebetulnya, selain isu intergriti ini, pemimpin-pemimpin pembangkang kebelakangan ini lebih gemar mengelak dari membuat perkara-perkara yang dulu dia juga juaranya. Contoh isytihar kepada SPRM sebelum boleh disenaraikan sebagai calon.
Kalau dulu, pemimpin BN yang enggan buat begini akan dituduh macam-macam tuduhan, koruplah, itulah, inilah. Tapi sejak berjaya memerintah di 4 negeri ni, makin culas pulak pembangkang untuk mengisytiharkan harta masing-masing pada SPRM, apa yang ditakutkan?
Kebetulan atau apa, memang pemimpin Pakatan ini leka mengumpul kekayaan. Kita tahu, ada tauke ubat yang punya kereta Kelisa sebelum bergelar ahli Parlimen PKR, sekarang sudah punya beberapa kereta mewah, rumah mewah, mampu naik jet mewah dan apa mewah yang lain.
Itu di Selangor, di Kedah hutan-hutan dah terang digondolkan, Kelantan, tanah-tanah ditukar milik kepada syarikat yang dimiliki pemimpin DAP, di Pulau Pinang, tanah dijual dengan harga tinggi tidak masuk akal kepada pemaju-pemaju yang kemudian menjual hartanah yang dibangunkan pada harga yang buat orang Melayu ternganga.
Sudah tentu ada yang jadi jutawan dan hartawan dari semua urus niaga ini. Siapa lagi kalau bukan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri terbabit. Di Pulau Pinang lebih hina, sampaikan nak beri bantuan kepada warga emas pun guna duit sumbangan syarikat lumba kuda.
Jadi semua ini yang menakutkan pembangkang sekarang bila bercakap tentang intergriti dan ketelusan. Apatah lagi, penulis diberitahu, pemeriksaan SPRM bukan setakat melibatkan individu terbabit, bahkan keluarga terdekatnya juga. Ini yang pembangkang takut sangat tu, macam kita tak tahu.
Tolaklah puak ini. Tak salah cari kekayaan, tapi bukan dengan merampas hak rakyat dan dalam masa yang sama bercakap macamlah diri tu bersih sangat.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment