Tuesday, February 26, 2013
Apa Jasa Mazlan Aliman dan ANAK Pada Warga Felda?
Siapa yang tidak kenal dengan Mazlan Aliman di negara ini. Rakyat Malaysia, khususnya warga Felda memang selalu dengar namanya memandangkan dia sering mendapat “sambutan hangat” dari para peneroka di gugusan tanah-tanah rancangan Felda.
Di dalam PAS di peringkat negeri, Mazlan Aliman merupakan Ketua Penerangan PAS Johor dan di peringkat kebangsaan pula dia yang merupakan antara salah seorang generasi kedua Felda menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
Mazlan Aliman pernah bertanding sebagai calon PAS sejak tahun 1999 sehingga PRU edisi ke-12 di mana dia kalah teruk di dalam semua pertandingan merebut kerusi DUN mahupun Parlimen.
Menyedari dirinya yang telah di“TKO”kan calon BN dan nak sangat menang, dia sentiasa mencari jalan untuk memenangkan dirinya di dalam pilihanraya dan mungkin “syaitan” datang memberi “wahyu” padanya untuk memberi fokus menghuru-harakan Felda dan para peneroka.
Menurut maklumat, dia dewasa di Felda Bukit Ramun di Kulai, Johor. Ibubapanya adalah salah seorang peneroka di tanah rancangan itu. Khabarnya dia pernah masuk Universiti Pertanian Malaysia (UPM), tapi tak tahulah dia masuk ke situ sebagai pelajar atau tukang kebun…
Berbekalkan cita-cita politiknya yang tinggi, dia memilih untuk menghuru-harakan Felda yang telah banyak berjasa pada ibubapa, keluarga dan dirinya sendiri. Mungkin pada Mazlan, biarlah terkenal sebagai orang yang tidak mengenang budi, tapi berjaya menjadi YB.
Sejak itu, boleh dikatakan setiap hari dia buat bising mengenai Felda. Itu tidak kena, ini tidak betul, seolah-olah dia seorang saja yang betul. Pendek kata, Felda semuanya buruk dan yang baik itu semuanya Mazlan Aliman saja…
Mazlan Aliman berjaya mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah NGO, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan ia digunakan sepenuhnya untuk “menabur racun di perdu pokok kelapa sawit” di tanah-tanah rancangan Felda.
Hasil dari usaha gigihnya “menabur racun”, dia telah berjaya mengumpul lebih kurang 1,000 orang ahli dari 112,635 orang peneroka dan kira-kira 1.6 juta anak peneroka Felda. Agak-agak berapa peratus warga Felda yang berjaya “diracun” Mazlan Aliman?
Macam-macam “racun” yang Mazlan Aliman gunakan dan “racun” yang paling hebat ialah ketika dia menyerang penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk “menabur racun”, termasuk mengheret Felda ke mahkamah.
Terkini, khabarnya Mazlan Aliman setiap hari akan meneliti pasaran saham di Bursa Malaysia. Kalau saham naik, dia akan “period” dan “malas bercakap”. Tapi kalau saham jatuh, dialah yang paling gembira sampai panggil wartawan buat sidang media!
Persoalannya, sepanjang perjuangan Mazlan Aliman sebagai anak Felda, apakah sumbangan yang pernah dia sumbangkan kepada warga peneroka? Bermula dari peneroka asal hinggalah yang generasi ketujuh Felda, apa jasa Mazlan pada mereka? Ada?
Ada atau tidak jasa Mazlan Aliman terhadap warga Felda dari sudut kemajuan pendidikan, sukan, ekonomi, sosial dan agama? Kalau ceramah politik mungkin Mazlan Aliman pandailah selit-selit menjual ayat Al-Quran sekerat-sekerat, kan? Itupun matanya sebok merenung karung derma yang diedarkan pada mereka yang cuba “diracun”, kan?
Ada Mazlan Aliman usahakan “durian runtuh” untuk para peneroka? Ada dia sedekahkan saham percuma tanpa risiko pada peneroka? Ada dia taja kelab bolasepak seperti Felda United? Ada dia tubuhkan universiti? Rasanya pusat tuisyen percuma pun dia tak ada…
Begitulah perihal perangai Mazlan Aliman. Tak habis-habis nak porak-perandakan Felda dan kepentingan syarikat GLC itu. Semua gerakannya boleh dikatakan bermotifkan politik. Maklumlah, mungkin teringin benar dia nak jadi YB.
Hakikatnya kini warga Felda sudah jauh meninggalkan Mazlan Aliman dan ANAK. Bukan saja dari sudut ekonomi yang sudah melangkah ke persada antarabangsa, malah anak-anak Felda sudah menongkah dari benua ke benua mengharumkan nama Felda.
Masyarakat antarabangsa kini mengiktiraf Felda sebagai salah sebuah syarikat berasaskan pertanian terbesar dan “major key player” di peringkat dunia. Anak Felda kini sedang mendaki Everest. Felda United semakin garang di padang dan anak-anak peneroka semakin maju ke hadapan.
Tapi Mazlan masih lagi ditakuk lama. Masih lagi dengan “racun” lama yang sudah “expired”. Padanlah Mazlan Aliman kerap dihalau para peneroka dan warga Felda setiap kali dia nak masuk ke tanah rancangan. Hairan, tak malukah dia jadi terkenal sebagai “pengacau keamanan Felda”?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment