Thursday, February 28, 2013
Manifesto PR Mengkafirkan Orang Islam
BUKAN sedikit, tapi ramai yang terkejut dengan ketiadaan perkataan ‘hudud’, ‘negara Islam’, ‘hukum Islam’ dan seumpama dengannya di dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat kelmarin.
Bukan itu sahaja, isu royalti yang setengah mati diperjuangkan puak-puak ini di Kelantan, turut tidak mendapat tempat di dalam Manifesto tersebut. Takkan Rafizi tertinggal kot. Khabarnya dia tidur dalam pejabat demi nak menyiapkan manifesto ni, itupun boleh tertinggal juga?
Macam tak logik.
Bagaimanapun, isu itu (royalti tertinggal) adalah perkara lain yang akan dibincangkan di masa yang lain juga. Hari ini, Beruang lebih nak menumpukan kepada perkataan-perkataan Islamik seperti disebutkan di atas yang tercicir (atau sengaja dicicirkan) dari Manifesto ini.
Suka atau tidak, kebelakangan ini, semua perlu menerima hakikat bahawa PAS sudah kembali kepada perjuangan asalnya, iaitu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud. Walaupun Muktamar 2011 sudah membuat ketetapan untuk menerima Negara Berkebajikan sebagai asas perjuangan yang baru, tapi sama ada kita semua sedar atau tidak, PAS tidak pernah mengatakan perjuangan negara Islam dan hudud ini digugurkan.
Ada? Confirm tidak ada.
Suka juga nak disebutkan, negara Islam dan hudud ini juga adalah 2 jenama politik PAS yang berkait rapat dengan Amanat Haji Hadi tahun 1981. Dalam amanat tersebut, UMNO dituduh kafir kerana menolak perundangan Islam (hudud) dan mengamalkan politik suku, agama suku. Ini boleh baca sendirilah dalam internet, tak perlu nak cerita panjang lebar.
Jadi, apa natijahnya bila sekarang PAS sendiri menerima manifesto yang di dalamnya tidak langsung menyebut tentang hudud dan Negara Islam? Yang kering air liur menuduh UMNO kafir kerana kononnya menolak Islam dulu, dah kemana hilang, bila perlembagaan ‘Lord Reid’ ini juga yang dipertahankan Pakatan Rakyat dalam manifestonya?
Ingat, Amanat Hadi memang dilancarkan tahun 1981, tapi falsafah itu dipegang hingga kini – 32 tahun selepas ianya mula disebut. Buktinya, kalau sesiapa tanya Nik Aziz sekarang, kenapa tolak UMNO, jawapannya ialah UMNO tolak Islam. Sudah tentu ‘Islam’ yang dimaksudkan Nik Aziz ialah perundangan Islam (hudud).
Kalau Beruang katakan penerimaan PAS terhadap Manifesto Rakyat yang mempertahankan perlembagaan sedia ada ini sebagai mengkafirkan orang Islam, agak-agak PAS setuju tak? Kalau tak setuju, kenapa? Bukankah ia tak selari dengan tafsiran PAS mengenai perlembagaan ini dulu?
Kononnya, perlembagaan Negara sedia ada ni kan perlembagaan kafir, penjajah, Lord Reid yang buat kata PAS. Tapi siapa sangka ya, kemudiannya dia juga bersama-sama dengan DAP dan PKR pertahankan (secara bertulis lagi) perlembagaan sedia ada!!
Inilah padahnya kalau mempolitikkan agama. Sampai satu masa Tuhan nak tunjuk, habis bercanggah dengan apa yang dia juga cakap dan buat dulu.
Kesimpulannya, dengan perkembangan sekarang, semua ahli PAS perlu bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula. Mana yang dah meninggal dunia kerana percayakan perlembagaan Negara kafir seperti yang didakwa Hadi dan PAS, dosanya akan ditanggung oleh sesiapa yang terlibat.
Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw “..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya..” [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]
Dipetik daripada : Rencana BERUANG (www. mykmu. net)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment