Wednesday, February 06, 2013

Aspan Alias Patut Dedah Tentang Pemilihan CEC Sajalah...


3 Februari 2013


aspan lipan

Makin lama, makin menyampah pula saya pada pengkhianat bangsa dan opportunis yang bernama Aspan Alias yang begitu bersungguh-sungguh dengan teori bodohnya mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai dalang memecah-belahkan UMNO.

Katanya, Tun Dr. Mahathir menganggap Datuk Seri Najib sebagai “stop gap Prime Minister” dan cuba menaikkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri selepas Najib.
Paling “poyo”, Aspan Alias cuba pula membina persepsi baru bahawa Tun Dr. Mahathir kononnya cuba mengatur laluan untuk salah seorang ahli keluarganya untuk menggantikan tempat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Begitulah cerita karut teori bodoh seorang pengkhianat yang hanya akan dipercayai oleh mereka-mereka yang malas berfikir dan mengkaji tentang senario sebenar keadaan politik di dalam UMNO dari dulu hingga kini.
Siapa sebenarnya yang cuba memecah-belahkan UMNO? Siapa yang lebih tulen sayangkan UMNO dan perjuangan alif ba ta di dalam parti keramat Melayu itu? Tun Dr. Mahathir atau Aspan Alias sendiri?

Sepanjang hidup Tun M, beliau tidak pernah khianat pada Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Beliau tidak pernah menyertai parti lain selain UMNO meskipun pernah dipecat dan keluar parti. Beliau keluar parti pun hanya kerana terlalu sayangkan UMNO dan perjuangannya…

Berbanding dengan Aspan Alias, dia dikatakan hanya kerana terlalu gila nak jadi calon PRU ke-13 dan menyedari dirinya bukan “winnable candidate”, pengkhianat itu sanggup keluar parti dan melompat masuk ke parti pembangkang.

Kalau dia sertai PAS atau PKR, tak mengapalah juga. Sebaliknya, dia sanggup menyertai sebuah parti “chauvinis ultra kiasu” yang dikuasai oleh “Dinasti Lim” yang begitu kuat mencetus provokasi terhadap kepentingan Islam dan hak Melayu sejak sekian lama!

Nampak sangat jiwa pengkhianat itu lebih menjurus kepada pepecahan bangsa sehingga sanggup menggadai harga dirinya sebagai orang Melayu.

Tun M sebenarnya tidak pernah mengatur jawatan mana-mana tokoh UMNO, sama ada ketika beliau berkuasa atau selepas meletakkan semua jawatannya di dalam parti. Siapa yang menang di dalam pemilihan UMNO, dia berhak menjawat jawatan di dalam parti.

Misalnya, mana mungkin Tun M sanggup melantik Tengku Razaliegh Hamzah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan sedangkan Ku Li merupakan seteru politik dalaman mantan PM itu, bukan?

Jika Tun M mengatur posisi jawatan di dalam UMNO, jangan haraplah Ku Li nak merasa kerusi Timbalan Presiden UMNO. Silap-silap, jawatan Ketua Cawangan UMNO pun belum tentu menang, bukan?

Tak payahlah Aspan Alias cuba mencipta persepsi buruk dan melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin. Propaganda yang dibuat oleh seorang pengkhianat sememangnya tidak laku dan langsung tidak boleh dipercayai.

Lainlah kalau Aspan bercerita mengenai hal ehwal dalaman DAP berhubung pemilihan CEC parti itu baru-baru ini. Mengapa Guan Eng tidak meletak jawatan secara terhormat bila dikatakan wujud konspirasi dari “Dinasti Lim” untuk mendominasi parti kesayangannya itu?

“Ceciter” hal yang sebenarnya. Saya yakin, ramai yang ingin tahu mengenai simptom dominasi “Cina Komunis” di dalam parti itu dan ketiadaan wakil Melayu serta India di dalam DAP yang kononnya menjadi pilihan semua kaum di negara ini…

“Jagalah tepi kain sendiri, sebelum menjaga tepi kain orang”. Tepi kain sendiri terselak luas, tapi kain orang yang tertutup rapi pula yang dia cuba selak. Memang dasar pengkhianat betul..!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment