Wednesday, February 06, 2013

Keahlian Nasha : Undang-Undang Sendiri Pun PAS Ketepikan!!


2 Februari 2013


pecat_nasha_Pas_bertelagah

BEKAS ahli majlis syura PAS, Nasharudin Mat Isa dipecat serta merta dari jawatan tersebut kerana 2 perkara sahaja.  Pertama sebab beliau bersama-sama Perdana Menteri melawat Gaza yang bermusuh dengan Israel (Anwar menyokong keselamatan Israel) dan kedua sebab beliau membantah keputusan Pakatan Rakyat menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.

Ini semua orang tahu.  Cerita-cerita tak datang mesyuarat dan sebagainya ni hanya auta pemimpin PAS untuk menutup sebab sebenar kenapa Nasharudin dipecat.  Takkanlah takda surat tunjuk sebab paling tidak, atau diberi peluang membela diri sikitpun, keadilan apakah ini?

Kata Islam sangat, tapi auta kuat, keadilan diketepikan.

Selain itu, keputusan memecat Nasharudin hanya dibuat oleh seorang individu sahaja, Nik Aziz Nik Mat yang kita percaya, setelah mendapat nasihat Anwar Ibrahim.

Sebab itu keputusan ini tidak disampaikan dengan betul kepada Ahli Majlis Syura yang lain, sehingga sekarang kita lihat masing-masing bertelagah sesama sendiri sama ada Nasharudin masih lagi ahli PAS atau tidak.

Nik Aziz kata Nasharudin bukan lagi ahli PAS (dipecat dari Majlis Syura bermaksud dipecat dari PAS) sementara Hadi Awang pulak kata Nasharudin masih ahli PAS (UMNO malang minta bantuan dari ahli biasa PAS – Nasharudin).  Setiausaha Agung, Ketua Penerangan pun ada pendapat berbeza.

Itu menunjukkan bahawa isu Nasharudin ini tidak langsung dibincangkan dalam mesyuarat 13 Januari, depa gebang sahaja.  Kalau dibincangkan, sudah tentu diputuskan yang sebenar-benarnya, Nasharudin ini dpecat dari ahli Majlis Syura sahajakah atau ahli PAS sekali?

Penulis kata, Nasharudin memang dipecat pada 26 Januari setelah gambar-gambar beliau bersama Perdana Menteri tersebar luas di media arus perdana dan Internet.

Menunjukkan PAS ini parti huru hara dan tidak demokratik sama sekali.

Dalam perlembagaan PAS memang tidak wujud peraturan untuk menyingkirkan ahli Majlis Syura Ulama.  Walaupun Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS, tapi keahliannya ditentukan secara tidak demokratik oleh Nik Aziz merangkap Mursyidul Am.

Buang pun begitu sahaja.

Tapi dalam soal pemecatan ahli, ada peraturannya iaitu  Fasal 82(9) Perlembagaan PAS.  Mana boleh main pecat-pecat begitu sahaja, walaupun Nik Aziz berkuasa mutlak.

Apalah rupanya PAS, kalau peraturan sendiri pun tak boleh nak patuh?  PAS sentiasa langgar undang-undang negara itu kita boleh faham, tapi langgar undang-undang sendiri?

Jadi rakyat, sebelum nak undi parti seumpama ini, fikir-fikir sendiri sahajalah.  Nak harap macam mana PAS ini menguatkuasakan undang-undang negara kalau undang-undang parti dia sendiri pun dia langgar juga.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment