Wednesday, September 05, 2012

Dari "Sang Saka Malaya" Lebih Baik "Sang Saka Bangsa" !


3 September 2012

wanted-6-300x143

Agak melucukan membaca penjelasan pencacai Pakatan Haram yang terkial-kial menghalalkan tindakan mereka mengibarkan bendera “Sang Saka Malaya” pada malam merdeka yang lalu apabila menyedari pihak polis mula memburu mereka.

Dalam hujah bodoh budak-budak tak cukup akal itu, bendera tersebut yang digunakan oleh Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dikibarkan sebagai menghargai sejarah perjuangan parti itu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Mereka turut menyiarkan beberapa fakta sejarah yang kononnya mampu menjustifikasikan perbuatan mereka mengibarkan “Sang Saka Malaya”.

Persoalannya, apakah anak-anak muda yang jelas menyokong perjuangan Pakatan Haram ini sedar dan faham tentang perbandingan di antara bendera sebuah negara dan bendera sebuah parti?

Hari kemerdekaan merupakan sambutan hari yang mendaulatkan sesebuah negara yang membebaskan diri dari sebarang bentuk penjajahan asing di mana negara tersebut ditadbir oleh anak-anak tempatan itu sendiri.
Dalam ertikata lain, ia bukanlah sebuah perayaan atau hari yang meraikan sesebuah parti . Jadi apakah wajar kita kibarkan bendera PKMM yang pernah diresapi semangat komunisme di dalam parti itu suatu ketika dahulu?

Sekiranya benar anak-anak muda Pakatan Haram itu mahu meraikan dan menghargai parti yang berjasa besar memerdekakan Tanah Melayu, mengapa mereka tidak kibarkan saja bendera UMNO yang bergelar “Sang Saka Bangsa”?

UMNO merupakan sebuah parti utama yang berperanan paling besar dalam usaha memerdekakan negara ini dari penjajah British. Malah lebih utama, UMNO berjaya memerdekakan negara ini tanpa sebarang pertumpahan darah!


Jadi, mengapa anak-anak muda tersebut tidak mengibarkan Sang Saka Bangsa? Atau mereka tidak berbuat demikian kerana takutkan kemurkaan “mentor” mereka yang bernama Anwar Ibrahim?

Meskipun UMNO berjasa besar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, UMNO tidak mengada-ngada pun mengibarkan bendera itu pada malam ambang Merdeka meskipun layak berbuat demikian. UMNO matang dan tidak terhegeh-hegeh seperti pencacai-pencacai yang dipercayai dari UniSel itu…

Dalam hujah mereka juga, mereka menyatakan bahawa mereka tidak bermaksud untuk menukar Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya.

Jadi apa pula maksudnya dengan risalah yang mengatakan “no” kepada Jalur Gemilang dan “change!” di atas Sang Saka Malaya? Apakah mereka fikir rakyat Malaysia begitu bodoh seperti mereka?
Jelas di atas risalah tersebut menyatakan bahawa “this flag must go” di atas Jalur Gemilang dan kemudiaannya perkataan “change!” di atas Sang Saka Malaya. Anak-anak muda ini ingat kita semua tak pergi sekolah?

Justeru itu, rasanya budak-budak muda ini tidak perlulah menjelaskan lagi tentang tindakan buruk mereka pada malam merdeka itu memandangkan tindakan itu hanya akan diludah saja oleh rakyat yang cintakan negara.

Tidakkah mereka tahu tentang erti kemerdekaan sebuah negara yang bernama Malaysia dan apakah mereka cuba mencari publisiti murahan dengan mengibarkan bendera parti PKMM? Apakah mereka fikir rakyat Malaysia “buta” seperti mereka?

Tidak perlulah menegakkan benang yang basah lagi dan tunggulah saja kehadiran pihak berkuasa yang akan berada di depan pintu rumah atau asrama masing-masing untuk dibawa ke balai bagi membantu siasatan.
Ingatlah bahawa anak-anak muda itu “bijak pandai” dan “tahu berfikir dengan baik”. Jadi mereka perlulah bersedia dan bertanggungjawab atas tindakan “bijak” mereka itu memandangkan ia bertentangan dengan undang-undang negara.

Bila bertentangan dengan undang-undang, maka bersedialah untuk berhadapan dengan pihak PDRM. Tapi jangan pula menyalahkan pihak berkuasa itu. Lepas buat salah, belajar-belajarlah bertanggungjawab dan lain kali berfikirlah dulu sebelum ikut telunjuk Pakatan Haram!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment