Wednesday, September 05, 2012

Lebai PAS Terbeliak Bijik Mata, Mat Sabu Sengih Gembira !!


4 September 2012

Janji Bersih - Lobai PAS Hanya memerhati
Janji Bersih
Biasa sangat kita dengar atau baca cemuhan dari mulut-mulut sang lebai PAS tiap kali adanya malam sambutan kemerdekaan ataupun keraian malam tahun baru, kata mereka program sedemikian semuanya melalaikan dan boleh menjerumuskan muda mudi kepada gejala sosial.


Untuk mengukuhkan cemuhan mereka lagi, alasan percampuran antara lelaki dan perempuan di waktu malam hari akan membuka ruang berlakunya aktiviti tidak sihat dan maksiat, tambah-tambah lagi bila program yang dihadiri tidak bersulamkan pedoman agama.

Dek kerana itu, asal saja ada sambutan malam merdeka, tahun baru atau konsert tidak kira ia anjuran swasta atau kerajaan, nada yang sama akan kita dengari di dunia nyata atau baca di mana-mana ruang komen di alam maya.

Selanjutnya dakwa mereka, agak tidak elok berhimpit-himpit jantan betina dalam sesatu majlis kelak mudarat pada masyarakat dan agama, macamlah dalam banyak-banyak majlis anjuran PAS satu pun tidak pernah bercampur jantan dan betina.

Tanyalah siapa sahaja rakan kita atau sepupu sepapat yang kelihatan warak alim-alim kucing dan serban tidak pernah lekang dari kepala walaupun sekali sekala pernah kantoi menonton video sensor, pastinya cemuhan yang sama akan kita dengari dari mulut mereka.

Itu realiti yang perlu kita akui sebab tabie manusia yang berlagak alim acapkali hanya nampak kesalahan orang lain tapi sengaja lupa bila diri sendiri mengulangi kesalahan sama atau sengaja buat tidak apa bila kena atas dahi puak yang sekepala.

Malam Himpunan Janji Demokrasi anjuran NGO proksi pakatan pembangkang tempohari yang sekarang kecoh dengan kontroversi menghina Jalur Gemilang pun demikian juga.

Walau kelihatan beberapa kelompok kumpulan lebai PAS menghadiri program tersebut atas arahan parti dan ada yang mengikut kehendak sendiri, namun program malam itu tetap tidak lepas dari campur gaul lelaki dan perempuan bukan mahram.



Malah ada peserta yang kelihatan daring semacam tapi tiada pula cemuhan atau bantahan dari golongan alim-alim kucing dari PAS.
Yang jelas kelihatan para lebai PAS hanya mampu terbeliak biji mata melihat beberapa suasana yang menjolok mata, agaknya sudah kelu lidah untuk berkata-kata mahu tidak mahu masing-masing layan saja rezeki depan mata.

Kot kalau betul PAS serius menentang program yang membabitkan campur gaul jantan betina tentunya sudah awal lagi mereka menegah peserta bukan mahram datang berpasang-pasangan ataupun segera menegur mana-mana peserta yang penampilannya agak menyakitkan mata memandang.
http://din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2012/09/Janji-Bersih-Awek-Mat-Kuning-Seksa.jpg


Sebaliknya banyak kelihatan peserta yang tampil agak menakutkan bila dipandang, sekali lihat rasanya orang, dua kali lihat tertanya pula kenapa tumbuh tanduk dua batang?

Di sudut lain Dataran Merdeka, ada pula peserta buat aksi tayang punggung semacam mahu  ‘melepas’ pun tiada teguran yang terhambur keluar melainkan masing-masing ramai yang tumpang sekaki gelak tak ingat dunia.

Di beberapa sudut berdekatan, kelihatan mat dan minah rempit ada yang berbaju kuning ada yang bermacam warna, sedang elok menikmati suasana sosial pelik malam merdeka dan tak kurang pula yang erat berpeluk sakan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU2B-ltnRuy2Y3ONn2GOJvdiR-yEu6P6n4YZQenDdHgGco1aR5fPZrWC-KGOfb_Kxe5bXoI8rSoBEbed883l2XgDAF6sSVw-ReN6ws2uZvGgZ8M5Rc96h1rKzgP3-0060UveR0unbBCuHi/s1600/Janji+Bersih+-+Mat+&+Minah+Bersih.jpg
Bila ada yang komplen kenapa PAS tidak ambil daya usaha mencegah tingkah laku peserta yang tidak sopan dan tidak mencerminkan penampilan Islamik sedangkan program tersebut anjuran sekutu mereka dan dihadiri pula oleh Timbalan Presiden PAS, alih-alih jabatan agama juga yang mereka persalahkan.


Bila terkena batang hidung sendiri barulah nak persoalkan mana jabatan agama, waktu jabatan agama bertungkus lumus mencegah isu murtad di Selangor atau terbabit menyerbu sarang maksiat (dan tangkap pemimpin politikyang berkhalwat), jenuh berbakul-bakul jabatan agama di maki hamun kaw-kaw.

Apapun, malam ambang merdeka yang kontroversi itu hari tentunya jadi kenangan yang menggembirakan Mat Sabu kerana buat julung kali dirinya diangkat setaraf bekas musuh tradisinya, Anwar Ibrahim.
Laungan reformasi dan hancur, hancur Najib kedengaran menyambut kedatangannya.

Tika Mat Sabu senyum sampai ke telinga sengih tak terkata di sanjung sedemikian rupa, beberapa ketika sebelum dan selepasnya sesetengah lebai PAS hanya mampu terbeliak biji mata melihat suasana sosial dan unIslamik di malam ambang merdeka.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment