Wednesday, September 05, 2012
Bendera Pakatan Rakyat Diilhamkan Daripada bendera Komunis Malaya
3 September 2012
SEKARANG kita tahu bahawa bendera yang didakwa
Pakatan Rakyat sebagai Sang Saka Malaya dan dikibar oleh macai sakit jiwa
Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lepas, bukan berasal dari
bendera lama Malaya.
Bendera Malaya yang lama ialah Union
Jack dan kita tahu bendera Pakatan (untuk mengganti jalur gemilang) itu
sebenarnya dicipta oleh pegawai khas Anwar Ibrahim merangkap
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi pada
2007, berita disini.
Anwar tak mengaku, Kit Siang tak mengaku, itu
bukan masalah sebab 2 ekor manusia dengan lidah bercabang ini sudah diketahui
biasa cakap belit-belit, apatah lagi dalam hal yang sudah diketahui tidak
menguntungkan politik mereka.
Persoalannya sekarang dari mana Najwan
Halimi dan macai Pakatan haram yang lain dapat idea untuk mengatakan bendera itu
adalah bendera lama Malaya dengan nama Sang Saka Malaya?
Mesti ada asas kenapa nama Malaya digunakan.
Jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya
ialah, pada 1947 puak komunis Malaya ketika itu, PUTERA dan AMCJA telah
mengibarkan bendera baru Malaya kerana mereka yakin akan dapat menawan Malaya
pada 1948 - sama macam Pakatan haram sekarang yakin akan menawan Malaysia dalam
pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Bendera itu adalah seperti ini designnya:-
Ia kurang diketahui kerana bendera itu
diperkenalkan oleh KOMUNIS!! Maklumat ini penulis dapat dari blog pro
komunis disini.
Tapi Najwan Halimi tidak tahu
itu dan mengubahsuai bendera tersebut kepada bendera Pakatan yang kita lihat
hari ini, yang akan menjadi bendera rasmi negara kalau Pakatan haram ini berjaya
memerintah negara nanti.
Apa sekali bendera yang disangka Najwan Hilmi
sebagai bendera lama Malaya itu adalah sebenarnya diilhamkan oleh
KOMUNIS, bukan bendera Malaya walaupun dikibarkan pada tahun
1947!!!
Nak tunjuk handal konon faham sejarah,
walhal bendera lama Malaya ialah Union Jack, bukan bendera asal komunis yang
diubah suai sekarang.
Untuk makluman, bendera itu tidak ada
kaitan dengan UMNO kerana UMNO dan
benderanya ditubuhkan pada 1946, sedangkan bendera komunis itu mula dikibarkan pada
Disember 1947.
Penulis perlu nyatakan ini
secara terang kerana takut ada pulak dajal-dajal yang cuba babitkan dengan UMNO
nanti. Yang penting disitu, bendera
UMNO terlebih dahulu dikibarkan dari bendera komunis yang diubah suai Pakatan
sekarang.
Lagipun bendera parti dan bendera negara ada
banyak beza.
Pakatan Rakyat nampaknya lebih rela guna bendera
yang sebenarnya diilhamkan oleh komunis dari bendera yang katanya macam bendera
Amerika.
Selanjutnya menunjukkan Pakatan Rakyat bukan setakat nak
merepublikkan negara ini malah menjadikannya negara komunis juga!!!
Kalau pelakunya tidak layak dihukum gantung, penulis tidak tahu lagi
hukuman apa yang sesuai.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment