Monday, August 31, 2015
UMNO, BN Perlu Guna Teknologi Baharu Tarik Sokongan Pengundi Gen Y – Ahmad Zahid
BERUAS : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO dan
Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan teknologi baharu untuk
menarik sokongan pengundi Gen Y bagi memastikan UMNO kekal relevan.
Timbalan Perdana Menteri berkata Gen Y pada zaman sekarang bukan
mahu bernostalgia dengan apa yang dilakukan oleh Gen X, sebaliknya
mereka mahu melihat apa yang Gen X ingin beri kepada mereka.
” Ceramah (pendekatan) hanya efektif kepada sebanyak 13 peratus orang
untuk menjadi hakim kepada mahkamah rakyat. Pembangkang menerusi
teknologi baharu seperti media sosial dapat sampai kepada 87 peratus
rakyat (negara ini).
“Oleh kerana itu (untuk mendekati) Gen Y perlu dilakukan dengan
kaedah begitu…perlu terangkan betul-betul kepada mereka,” katanya ketika
berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian
Beruas di Dewan Inderawati di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Beruas
Datuk Abdul Manaf Hashim.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata generasi X perlu memberi
perhatian kepada perkara itu kerana latar belakang pendidikan, minda dan
cita rasa generasi Y berbeza dengan generasi X.
“Bukan kita mahu mengenepikan generasi X tetapi kita tidak boleh lari daripada memenuhi kehendak generasi Y.
Dulu kita belajar mungkin dengan papan hijau dan kapur, sekarang ini
mereka menggunakan kaedah berbeza dengan menggunakan laptop dan
smartphone,” katanya.
Beliau berkata UMNO dan BN perlu mengenepikan kaedah konvensional
kerana kini zaman generasi Y, walaupun generasi X masih menjadi pemimpin
tetapi generasi X perlu menyesuaikan kaedah berkomunikasi mengikut cita
rasa generasi Y.
“Jangan guna pendekatan lama lah, Gerakan, MCA, MIC, Makkal Sakti dan parti-parti lain, ceramah sudah tidak lagi relevan.
“Kalau kita tidak melakukannya (menggunakan teknologi baharu), jadi
lah generasi ‘Gangga Negara’, jadilah (seperti) kerajaan Melayu Beruas,
muzium pun tak ada, tapak pun tak ada, apa pun tak ada lagi, kita hanya
tinggal kenangan diminda rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
31 Ogos: Muslihat Di Sebalik Janggut Pak Samad…
EDITOR MENULIS...
31 OGOS 2015
Masih
ingat lagi dengan nama Pak Samad Janggut? Pengerusi Bersama Bershit itu
baru-baru ini bertegas mahu berhimpun di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bagi menuntut pilihanraya di negara ini dijalankan dengan bersih, dan kali ini ditambah 'perisa' dengan niat ingin mendesak agar kerajaan BN dijatuhkan dan Najib ditumbangkan....
Himpunan yang diketuai oleh sekutu kuat
Ambiga itu sengaja memilih tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan
Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang saban tahun berlangsung di
situ.
Meskipun dibenarkan oleh undang-undang,
Menteri dan pihak polis, Pak Samad Janggut diberikan syarat untuk
mematuhi undang-undang perhimpunan aman sebagaimana yang diwartakan
tidak lama dulu.
Persoalannya, jika puak-puak baju kuning
ini berhimpun di situ dan tidak membawa aspirasi merdeka, apakah ia
tidak mengganggu semangat kebangsaan yang sepatutnya diraikan oleh para
pengunjung di temasya kemerdekaan negara itu?
Saya berpendapat bahawa Pak Samad Janggut
mempunyai agenda tidak baik menerusi himpunan yang dianjurkannya itu
memandangkan niat utama mereka berhimpun di Dataran Merdeka itu tidak
selari dengan semangat menyambut Hari Merdeka.
Pihak Kerajaan menganjurkan sambutan kemerdekaan negara dan Pak Samad Janggut pula menganjurkan sesuatu tentang pilihanraya.
Kedua-dua tujuan perhimpunan itu adalah
sangat berbeza di mana sambutan kemerdekaan berpaksikan kepada semangat
kebangsaan dan cintakan tanahair, manakala himpunan anjuran Pak Samad
pula berasaskan politik semata-mata.
Pada saya, meskipun kehadiran Pak Samad
dan para pengikutnya pada hari tersebut secara jelas akan membuat ramai
rakyat Malaysia yang hadir mahu menyambut hari kemerdekaan akan merasa
hambar dan “malas” untuk menyertai sambutan tersebut.
Bayangkan, sedang rakyat Malaysia tengah
hangat melaungkan rasa cintakan tanahair, Pak Samad pula sebok
melaungkan agenda busuk pembangkang yang jelas berniat busuk meskipun
tidak dizahirkan.
Rata-ratanya rakyat faham dan tahu
kedatangan Pak Samad ke majlis sambutan kemerdekaan itu berasaskan
agenda memburuk-burukkan kerajaan dan membawa propaganda pihak Pakatan
Haram, bukan?
Mungkin Pak Samad Janggut menafikan
tujuan busuk tersebut, tapi rasanya budak tadika PASTI pun dapat hidu
“bau bangkai” yang di bawa Pak Samad…
Saya berpandangan bahawa Pak Samad dan
himpunannya itu adalah bertujuan untuk menggangu sambutan dan semangat
Hari Merdeka di kalangan rakyat Malaysia.
Himpunannya tersirat dengan
provokasi dan propaganda pembangkang.
Saya ingin bertanya pada Pak Samad,
sekiranya Pak Samad sedang menganjurkan himpunan puisi di Dataran
Merdeka dan datang pula sekumpulan manusia berhimpun di situ serta
melaungkan “Potong janggut! Potong janggut! Cukur Janggut Serabai! Cukur
Janggut Serabai!”, apa yang Pak Samad rasa?
Mereka bukannya menujukan laungan itu
kepada Pak Samad dan mungkin laungan itu ditujukan kepada mereka-mereka
yang berjanggut panjang dan tidak pandai menjaga janggut mereka sehingga
ia kelihatan serabut serta menggangu emosi mereka…
Pak Samad suka begitu? Atau Pak Samad
akan meradang dan marah pada himpunan kumpulan tersebut serta menuduh
mereka sengaja mengganggu Pak Samad dengan provokasi perkataan yang
menyakitkan hati meskipun mereka berhimpun secara aman?
Dengan tindakan Pak Samad ini, saya
menjangkakan bahawa himpunan yang dipercayai ditaja oleh pembangkang itu
bertujuan untuk memburuk-burukkan tema, logo dan sambutan Hari Merdeka
secara konsisten dengan beralaskan “himpunan aman”.
Yang jelas, rakyat Malaysia akan malas
untuk hadir kerana menyampah dengan kehadiran Pak Samad dan
konco-konconya yang datang untuk membuat kacau. Maka motif menghambarkan
sambutan kemerdekaan itu akan dicapai.
Seterusnya Harakahdaily, Malaysiakini,
Keadilandaily, Roketkini dan Malaysian Insider berkemungkinan besar akan
“berpesta” di laman-laman web mereka menyiarkan bahawa “Sambutan Hari
Merdeka Anjuran BN HAMBAR”, bukan? Namun hakikatnya tatkala sasaran mereka sedemikian, bukan itu yang berlaku... malahan sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara tetap meriah dan ceria nampaknya... perlu difahami sifat perayaan hari kebangsaan adalah bersifat ceria dan penuh kasih sayang serta kecintaan kepada negara... maka sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH itu sementelahan yang demonstrasi itu disemai dengan sepenuh kebencian serta provokasi sehingga lupa akan semangat patriotisme kepad negara...
Tapi, yalah, menurut pandangan saya, mungkin itu muslihat di sebalik “janggut”
Pak Samad kali ini. Biar pun begitu, saya yakin bahawa rakyat Malaysia
bijak berfikir dan menilai tentang kewajaran atau kesesuaian tindakan
Pak Samad Janggut pada 31 Ogos itu.
InsyaAllah, rakyat akan “cukur janggut”
Pak Samad dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti. Harap-harap Pak Samad
dapat terima kenyataan dan tidak merajuk pula. Bukan apa, hati orang
tua-tua ini sensitif sikit…senang tersentuh bila “kalah angin”!!
Sama-samalah kita fikirkan...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Malaysia Tidak Bersendirian Mahu Sekat Ungkapan Berbentuk Kebencian Dalam Internet
Malaysia bukan satu-satunya negara yang mahu
menyekat laman web yang membangkitkan kebencian dan menjejaskan
perpaduan dalam kalangan rakyat.
Sebaliknya, Jerman juga menuntut laman Facebook supaya mematuhi
undang-undang negara berkenaan dengan melarang ungkapan-ungkapan
berbentuk kebencian di dalam media sosial.
Dalam temubual bersama Reuters, Menteri Kehakiman Jerman Heiko Maas
berkata Jerman tidak bertolak ansur terhadap sentimen perkauman dalam
media sosial termasuk Facebook, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika
Syarikat itu, walaupun perkara itu mungkin dibenarkan di negara
berkenaan atas kebebasan bersuara.
“Jika Facebook mahu berurusan di Jerman, maka ia perlu mematuhi
undang-undang negara Jerman. Tidak kira apa pun, kerana sebab-sebab
sejarah, kita mempunyai tafsiran kebebasan bersuara yang lebih ketat
berbanding Amerika,” katanya.
Beliau berkata perbuatan mencetuskan kebencian perkauman adalah
jenayah di Jerman sama ada ia disiarkan di Facebook atau diungkapkan di
khalayak ramai.
“Internet bukanlah tempat di mana undang-undang boleh diketepikan di
mana komen mudah tersebar dengan sewenang-wenangnya…tidak ada ruang dan
bukan tempatnya bagi pengguna internet yang menyebarkan propaganda
perkauman,” kata Maas.
Malaysia menunjukkan kesungguhan sama terhadap apa jua yang
menjejaskan ketenteraman awam semalam, apabila Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat empat laman web yang didapati
mempromosi dan menyebarkan maklumat berhubung perhimpunan haram Bersih
4.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata laman web itu adalah http://bersih.org, http://globalbersih.org,
http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.
SKMM membuat keputusan itu kerana berpendapat bahawa maklumat yang
disiarkan dalam empat laman web berkenaan boleh mengancam kestabilan
negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Isu Gambar Selfie Ghairah Dengan Amoi #BERSIH4.. Ini Jawapan Geng Mat Sabu
Rasanya semua rakyat dah tahu perangai Mat Sabu kalau berada dekat
dengan perempuan.. Kalau nak tahu lebih detail.., boleh saja bertanya
pada penduduk Kuala Kedah..
Dulu Mat Sabu memang terkenal dengan skandalnya bersama isteri orang
bernama Normah.. Jenuh bersilat lah juga Mat Sabu untuk menerangkan
kepada ahli-ahli PAS pada masa itu tentang kejadian khalwatnya bersama
Normah di bilik 121 sebuah hotel..
Akhirnya, Mat Sabu berjaya menutup kes tersebut dengan menyalahkan
Umno.. Kononnya, Umno lah yang memerangkap beliau sehingga terkantoi di
bilik hotel tersebut.
Hari ini Mat Sabu bikin panas lagi.. Tersebar gambarnya berkepit dengan
seorang amoi DAP di perhimpunan Haram Bersih4.. Adakah amoi tersebut
isteri Mat Sabu? Bukannnnnnn.... Adakah amoi tersebut adalah skandal Mat
Sabu?? Wallahualam..
Menurut konco-konco Mat Sabu, gambar tersebut adalah satu kesilapan
kerana ia terjadi bukan dengan kehendak serta kerelaan Mat Sabu.. Gambar
intim bersama amoi berkenaan juga bukan dirancang oleh Umno atau
perangkap dari Najib..
Kononnya, gambar tersebut terjadi apabila penyokong Mat Sabu menjadi
HISTERIA apabila melihat kehenseman Mat Sabu yang tiba dengan senyuman
yang menggoda..
Apa maksud Histeria?? Agaknya konco-konco Mat Sabu ni tak faham makna
histeria tu gamaknya.. Muka macam Mat sabu pun ada yang Histeria ke??
Lawak kot statement tu..
Tapi itulah alasan yang digunakan untuk menghalalkan perbuatan seorang
Timbalan Presiden Parti Islam di Malaysia.. Semua boleh saja kalau kena
pada dahi mereka, tapi dianggap haram bila kena pada orang lain..
Cuba bayangkan kalau Najib yang bergambar sedemikian.., bukan saja
kutuk, tetapi siap maki hamun lagi oleh penyokong pembangkang.. Bila
kena pada pemimpin sendiri, telur puak-puak pembangkang ini terus kecut
kedalam lubang punggung!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
DAP Racuni Minda Kaum Cina Benci Kerajaan
Racun-racun kebencian terhadap kerajaan yang
ditanam oleh DAP ke dalam minda masyarakat Cina di negara ini akan
membawa kepada kejatuhan kaum berkenaan.
Menurut seorang penulis dalam kolum portal malaysia-today.net, Cheah
Sin Chong, kebanyakan masyarakat Cina yang menyokong DAP gagal berfikir
secara rasional berikutan cara hidup yang dimanjakan ketika dibesarkan.
“Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta
meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini
dan mengutuk kerajaan. Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan
perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta
membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang
banyak.
“Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja
sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga
yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh
pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan,” katanya dalam laman
portal berkenaan.
Menurut Sin Chong, beliau berpendapat kebanyakan ibu bapa masyarakat
Cina yang berusia antara 20 dan 40 tahun akan mengeluh terhadap semua
perkara kecil dan hanya membaca berita-berita propaganda daripada DAP.
“Semasa zaman mendiang mak saya, tiada benda seperti susu import,
tiada gas memasak dan saya sempat melihat dia memasak menggunakan arang
dan kayu. Dia akan berpeluh untuk menyalakan arang, dia juga akan
sembelih ayam. Kamu dapat bayangkan bagaimana susah keadaan hidupnya
ketika kecil tetapi dia dapat hidup sehingga umur 90 tahun,” katanya.
Untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, kata Sin Chong, beliau
merasakan keperluan yang amat sangat untuk meletakkan Jalur Gemilang di
hadapan rumahnya.
“Saya fikir perlu melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada anak
saya gambaran apa yang dikatakan patriotik, sama ada mereka akan
mengikutnya adalah perkara individu tetapi sekurang-kurang saya tahu
saya telah melakukan perkara yang betul,” katanya.
Dalam penulisan itu, Sin Chong turut berkongsi kisah mengenai seorang
suami terpaksa membawa isterinya ke luar negara semata-mata tidak mahu
isterinya terbabit dalam perhimpunan haram Bersih 4.0.
“Wanita Cina yang mempunyai jutaan ringgit ini mahu menyertai Bersih
4.0. Dia memiliki berdozen rangkaian francais. Di sebalik memperoleh
keuntungan disebabkan keamanan dan kestabilan negara dan walaupun beliau
seorang yang bijak, bermasyarakat dan banyak mengembara, wanita ini
gagal membezakan antara semangat patriotik, kesetiaan dengan pandangan
politik,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Kos Miliki Lesen Motosikal RM299 Melalui MyLesen Mulai 15 September 2015
Mulai 15 September, orang ramai boleh memiliki
lesen motosikal pada kos lebih rendah iaitu RM299 berbanding harga
semasa RM350 melalui program MyLesen, kata Menteri Pengangkutan Datuk
Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata program MyLesen diperkenalkan bagi menggalakkan orang
muda yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen
masing-masing.
“Ramai pemuda-pemudi yang menunggang motosikal tanpa lesen. Ini amat
bahaya.
Daripada 10 penunggang motosikal, kami mendapati tiga (tanpa
lesen).
“Menunggang motosikal tanpa lesen tidak boleh diterima. Jadi kita
seru mereka cepat-cepat ambil lesen dan program MyLesen bertujuan
membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Kasih
Merdeka 2015 anjuran Skuad Muda 1JPJ di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, program MyLesen akan dilaksanakan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama sekolah memandu yang mengambil
bahagian dalam program berkenaan.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Najib Lancar ‘Diversecity’ 2015 : Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini melancarkan ‘DiverseCity 2015: Festival Kesenian
Antarabangsa Kuala Lumpur’ yang berlangsung selama lima minggu.
Festival seni yang julung kali diadakan itu, bertujuan menjadikan
Kuala Lumpur sebagai pentas utama persembahan seni selama sebulan, yang
bukan sahaja terbaik di negara ini, tetapi juga bagi rantau Asia
Tenggara.
Ia menampilkan warisan budaya Malaysia dan rantau Asia Tenggara
melalui persembahan yang merangkumi tarian, komedi, kesusasteraan dan
seni visual.
Festival yang bermula hari ini, akan berlangsung sehingga 4 Oktober.
Perdana Menteri yang tiba bersama isteri Datin Seri Rosmah
Mansor, merasmikan pelancaran festival itu yang diadakan di Pavilion,
Bukit Bintang, di sini.
Najib juga meluangkan masa selama beberapa minit menyaksikan pameran
lukisan oleh Soon Hoe, pelukis kontemporari Malaysia yang berpangkalan
di Melbourne.
Terdahulu, pengarah festival berkenaan Datin Sunita Rajakumar dalam
ucapan perasmiannya berkata festival itu merupakan program persembahan
dan seni visual yang menampilkan kepelbagaian Malaysia yang kompleks.
Sunita berkata festival itu akan menampilkan persembahan seperti
tarian, komedi, kesusasteraan serta seni visual dan setiap genre dipilih
dan dihasilkan adalah daripada pengamal yang terkemuka.
Najib dan Rosmah serta pengunjung pusat beli-belah itu, kemudian
dihiburkan dengan tayangan video, persembahan tarian, deklamasi sajak
serta persembahan dikir barat dan gendang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Mak Oiiii..... Mat Sabu Pukulan.. Bukan Main lagi Tu
Ini adalah salah satu gambar yang popular beredar di media
sosial.Ewah..hebat abang Mat Sabu diapit manja seorang gadis Cina yang
syok nak berselfie dengannya di celah himpunan Bersih 4.
Zahirnya tersenyum.Namun dalam hati siapa yang tahu.
Ketika selesainya himpunan haram di Dataran Merdeka pada Ahad malam bos
nombor satu Gerakan Harapan Baru (GHB) dan gengnya yang hendak bercerai
kasih dengan PAS kena duduk sembang panjang mengenai nasib masa depan
mereka.
Kita tidak perlu bilang dengan jari.Toleh kiri kanan depan belakang
sepanjang himpunan yang bermula petang Sabtu itu jelas penyertaan orang
Melayu dalam himpuan kali ini amat sikit.
Fakta ini diakui oleh semua pihak termasuk petugas media dan kalangan pemimpin pembangkang sendiri.
Mat Sabu punya wayang besar....memang paling bijak.Kononnya bersama sama dengan rakyat bawahan tidur sebatal...bebbb
Bagi kalangan pemerhati politik himpunan ini adalah ujian awal untuk
mengukur sejauh mana GHB dapat menjadi daya tarikan baru sebagai
alternatif kepada PAS.
Apa yang nyata di depan mata ialah DAP saja yang berjaya menarik penyokongnya keluar meramaikan himpunan itu.
Sejak tiga himpunan haram itu kebelakangan ini,buat pertama kali kaum Cina menguasai senario.
GHB dan PKR nyata hanya menjadi 'pelakon tambahan'.
Bukan rahsia lagi DAP cukup mengharapkan GHB menjadi tenaga baru dalam pakatan mereka mengantikan PAS.
Dengar cerita Mat Sabu bersama gengnya yang kompang sakan untuk menarik
penyertaan orang Melayu pada himpunan itu dari puak yang tidak senang
hati dengan pimpinan Ulama PAS garu kepala melihat kegagalan ini.
Antara taktik mereka menjelang perhimpunan ini ialah pengumuman perletakan jawatan pimpinan di beberapa bahagian PAS.
Setakat ini mengukur dari sambutan orang Melayu pada himpunan ini
kalangan pimpinan PAS boleh 'gelak besar' melihat taktik itu tidak
langsung jadi kudis seperti yang mereka ramalkan.
Ikut beberapa orang dalam PAS mereka hendak melihat apa strategi dan lenggok GHB selanjutnya selepas ini.
Mereka tidak hairan kalau dengar DAP dan PKR akan 'jual' habis-habisan GHB dalam gerak kerja politik mereka.
Bagi Mat Sabu dan rakan-rakannya...it's do a die.
Apa nak hairan kalau makin hari makin ramai gadis-gadis Cina yang gedik hak selfie dengan abang Mat.
Bagi mereka beliau adalah harapan untuk 'jentik teliga' PAS.'Love U Bang Sabu'
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Mengapa Tidak Pilih Negeri Dikuasai Pembangkang Jadi Tuan Rumah Bersih 4, Tanya Nur Jazlan
KUALA LUMPUR : Kerajaan negeri dikuasai pembangkang sepatutnya
menyediakan tempat pilihan untuk perhimpunan Bersih 4 kerana Dataran
Merdeka bukan kawasan sesuai sebagai perhimpunan Bersih.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata,
kerajaan negeri pembangkang sepatutnya bertindak demikian jika mereka
ikhlas dalam memperjuangkan kebebasan bersuara dan berhimpun.
“Mengapa penganjur Bersih tidak adakan perhimpunan mereka di Selangor,
atau Padang Kota, Pulau Pinang, memandangkan kerajaan negeri PR (Pakatan
Rakyat) sering melaung-laungkan sokongan mereka terhadap kebebasan
bersuara.
“Jika mereka mengadakan perhimpunan itu di sana, mungkin kerajaan negeri
(pembangkang) boleh menyediakan makanan serta peralatan untuk
keselesaan peserta Bersih 4.0 agar mereka tidak perlu membawa makanan
sendiri atau khemah,” katanya dalam satu kenyataan.
“Ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan Perkara
10 (1)(b) Perlembagaan Kebangsaan yang menyatakan setiap rakyat berhak
untuk bekumpul secara aman dan tanpa senjata.
“Tetapi bagaimana dengan Perkara (2)(b) yang memberikan kebebasan kepada
pihak lain untuk menikmati harta benda secara aman, kebebasan bergerak,
hak menikmati alam semula jadi dan hak menjalankan perniagaan?” tanya
Nur Jazlan.
Beliau menambah, sejak Akta Perhimpunan Aman diluluskan, orang ramai
sudah diberi ruang mencukupi untuk berkumpul secara aman asalkan ia
tidak melanggar undang-undang.
“Mengapakah terlalu sukar untuk mematuhi PAA 2012 sedangkan terdapat
banyak pengamal undang-undang dalam secretariat Bersih dan mereka
memahami apa yang dibenarkan oleh undang-undang.
Perhimpunan Bersih 4 selama 34 jam menyaksi ribuan orang berkumpul berdekatan Dataran Merdeka hujung minggu lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Dedah Kelemahan DEIG Demi Kepentingan Rakyat Selangor...
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin
UMNO khususnya di Selangor mendedahkan kelemahan penubuhan Darul Ehsan
Investment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.
Naib Presiden UMNO itu berkata penubuhan DEIG menimbulkan keraguan
pelbagai pihak, maka UMNO Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh
mengenai kelemahan penubuhan DEIG yang mengambil alih peranan
Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak
syarikat di bawah pemerbadanan itu.
"Kita harus membuktikan bagaimana DEIG telah disalahgunakan untuk kepentingan politik kerajaan negeri Selangor.
"Dedah...jangan tidak dedah. Kita wajib mendedahkan keburukan dan
kelemahan DEIG. Jangan rasa takut demi kepentingan rakyat Selangor,"
katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong di
Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang,Isnin.
Sebelum ini, beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor
termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan
kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil
alih peranan MBI.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata DEIG yang dimiliki
sepenuhnya oleh MBI dan ditubuhkan pada Disember lepas, adalah untuk
memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Confirmmm.... GHB Tubuh Amanah
KUALA LUMPUR : Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pengambilalihan
sebuah parti politik sedia ada yang dikenali sebagai Parti
Pekerja-Pekerja Malaysia.
Pengerusi GHB merangkap Presiden baharu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia,
Mohamad Sabu bagaimanapun berkata parti tersebut akan dijenamakan semula
dan bakal dikenali sebagai 'Parti Amanah Negara'.
Katanya, nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu akan
dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.
"Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
"Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti
politik Islam di tanah air," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Untuk rekod Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 namun gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.
Menurut bekas Timbalan Presiden PAS itu, pemilihan nama Parti Amanah
Negara (Amanah) dibuat selepas RoS menolak permohonan penggunakan nama
Parti Progresif Islam (PPI).
Pada sidang media sama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu
turut mengumumkan jawatankuasa Amanah iaitu bekas Naib Presiden PAS,
Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden PAS, Salahudin
Ayub sebagai timbalan pengerusi, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr
Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua
pemuda.
Selain itu, turut dilantik dalam jawatankuasa Amanah ialah Mohd Anuar
Mohd Tahir sebagai setiausaha agung, Asmuwi Awi sebagai bendahari agung
dan bekas ketua pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha
organisasi.
Mat Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan
didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Alhamdulilah.... Harga Minyak Turun
PETALING JAYA : Harga diesel dan petrol akan berkurangan sebanyak 10 sen dan 15 sen seliter pada bulan September.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang
Zari Ishak mengesahkan pada Isnin bahawa harga kedua-dua RON95 dan
petrol RON97 ditetapkan pada RM1.95 dan RM2.35 seliter iaitu turun 10
sen daripada harga pada bulan Ogos.
Harga diesel akan menjadi RM1.80 seliter, turun 15 sen daripada RM1.95 sebelum ini.
"Maklumat yang kami terima bahawa harga minyak akan turun," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Tindakan Ke Atas Dr Mahathir Hanya Boleh Keruhkan Keadaan
MELAKA : Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi
politik negara akan menjadi keruh sekiranya tindakan dikenakan ke atas
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai
perhimpunan Bersih 4.
Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan
itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka dan khuatir tindakan itu
mungkin menutup segala jalan untuk menjernihkan situasi politik di
negara ini.
Beliau juga percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong atau
mempengaruhi Tun Dr Mahathir dengan memberikan maklumat tidak tepat
berasaskan emosi serta persepsi, sehingga beliau menyertai perhimpunan
itu.
"Beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu di luar kebiasaan (apabila
menyertai Bersih 4) yang saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab
di sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mengadiri Perarakan
Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Melaka di Bandar Hilir di sini,
Isnin.
Idris berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan
segelintir pihak yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di sekitar
Bandaraya Melaka sejak Sabtu lepas.
"Mereka ingin merosakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menunjukkan
kepada masyarakat antarabangsa tema Sehati Sejiwa tidak berlaku di
negara ini, saya tegaskan mereka (penganjur Bersih 4) gagal kerana kita
rakyat Malaysia bersatu menyambut kemerdekaan negara hari ini dengan
meriah dan gembira," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat... Gara Gara GHB
KUALA LUMPUR : PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli
Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai
parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil
rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai
jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah
Negara.
"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen
Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota
Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan
Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar
Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk
Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang)
dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.
Selain itu dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar
(Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala
Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang
pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Love U Bang Sabu... (Kes Gambar Mat Sabu)
Ini adalah salah satu gambar yang popular beredar di media
sosial.Ewah..hebat abang Mat Sabu diapit manja seorang gadis Cina yang
syok nak berselfie dengannya di celah himpunan Bersih 4.
Zahirnya tersenyum. Namun dalam hati siapa yang tahu.
Ketika selesainya himpunan haram di Dataran Merdeka pada Ahad malam bos
nombor satu Gerakan Harapan Baru (GHB) dan gengnya yang hendak bercerai
kasih dengan PAS kena duduk sembang panjang mengenai nasib masa depan
mereka.
Kita tidak perlu bilang dengan jari.Toleh kiri kanan depan belakang
sepanjang himpunan yang bermula petang Sabtu itu jelas penyertaan orang
Melayu dalam himpuan kali ini amat sikit.
Fakta ini diakui oleh semua pihak termasuk petugas media dan kalangan pemimpin pembangkang sendiri.
Bagi kalangan pemerhati politik himpunan ini adalah ujian awal untuk
mengukur sejauh mana GHB dapat menjadi daya tarikan baru sebagai
alternatif kepada PAS.
Apa yang nyata di depan mata ialah DAP saja yang berjaya menarik penyokongnya keluar meramaikan himpunan itu.
Sejak tiga himpunan haram itu kebelakangan ini,buat pertama kali kaum Cina menguasai senario.
GHB dan PKR nyata hanya menjadi 'pelakon tambahan'.
Bukan rahsia lagi DAP cukup mengharapkan GHB menjadi tenaga baru dalam pakatan mereka mengantikan PAS.
Dengar cerita Mat Sabu bersama gengnya yang kompang sakan untuk menarik
penyertaan orang Melayu pada himpunan itu dari puak yang tidak senang
hati dengan pimpinan Ulama PAS garu kepala melihat kegagalan ini.
Antara taktik mereka menjelang perhimpunan ini ialah pengumuman perletakan jawatan pimpinan di beberapa bahagian PAS.
Setakat ini mengukur dari sambutan orang Melayu pada himpunan ini
kalangan pimpinan PAS boleh 'gelak besar' melihat taktik itu tidak
langsung jadi kudis seperti yang mereka ramalkan.
Ikut beberapa orang dalam PAS mereka hendak melihat apa strategi dan lenggok GHB selanjutnya selepas ini.
Mereka tidak hairan kalau dengar DAP dan PKR akan 'jual' habis-habisan GHB dalam gerak kerja politik mereka.
Bagi Mat Sabu dan rakan-rakannya...it's do a die.
Apa nak hairan kalau makin hari makin ramai gadis-gadis Cina yang gedik hak selfie dengan abang Mat.
Bagi mereka beliau adalah harapan untuk 'jentik teliga' PAS.'Love U Bang Sabu'.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Anak TPM Zahid Bikin Gegar di Facebook... Hentam Bersih4 Dan Cerita Pengalaman Sendiri
Ada yang kata dia boleh jadi ikon baru.Ini bukan kerana Nurulhidayah
Ahmad Zahid anak kepada Timbalan Perdana Menteri.Hebatnya ialah dia
lantang dan cukup terbuka.
Kalau baca tulisan di facebooknya atas tajuk 'My mind just can't stop
speak up. Here it goes..' kita dapat merasai pasti ramai yang akan ikuti
perkembangannya dari hari ke hari.
Terbaru yang hangat di internet ialah tulisannya membelasah puak yang menyertai Bersih 4.
Nurulhidayah,berusia 36 ada latar belakang dan pengalaman sendiri yang
melayakan dia boleh 'cakap banyak'.Dia pernah merasai bagaimana bapanya
ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa di bawah
pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Zahid ditahan ketika berada di Sabah.Dua minggu beliau duduk dalam.
Waktu itu juga reformasi membara ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia juga menyertai Askar Wataniah dan melalui latihan lasak sebagai askar seperti orang lain.
BERIKUT IALAH TULISAN NURULHIDAYAH MENGENAI BERSIH 4 DI LAMAN FACEBOOKNYA AHAD :
Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga
sempadan. Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa.
Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?
Don't make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand.
Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman
1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak
seronok2.
Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang macam tu
dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni!
Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak
cakap. Pendapat aku - ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham - KERJA
BODOH!
BERIKUT PULA TULISANNYA MENGENAI PENGALAMAN SEMASA BAPANYA DITAHAN ISA
My mind just can't stop speak up. Here it goes..
Sejak tahun 1998, sy tak pernah bersuara waima menjadikan penangkapan Zahid Hamidi sebagai satu isu utk sy berhenti berjuang.
Mungkin ada dikalangan kalian yang terlupa Zahid Hamidi ditangkap tanpa dibicarakan. ISA.
Walaupun 2 minggu sy tidak pula keluar menghasut orang membenci kerajaan
mahupun Tun M pd ketika itu kerana sy tahu nilai seorang pejuang
seperti Zahid Hamidi itu perlu menempuh pelbagai dugaan utk beliau
melangkah hingga ke tahap ini.
Sy sebagai anak pd ketika itu hanya berserah kpd Allah, dan berpura-pura
kuat demi Mak n adik2. Tidak terbuka hati sy utk menyerang mana2 pihak
yg menangkap Zahid Hamidi pd ketika itu sehingga beliau kehilangan
semua, SEMUA jawatan.
Bersambung... (Part 1)
Kenapa sy keluar bereformasi pd ketika itu? Sikap ingin tahu kenapa
perlu berkumpul sedemikian rupa utk menggulingkan kerajaan pd ketika itu
sgt tinggi.
Pd ketika itu sy sedar bahawa ia satu perbuatan yg BODOH. Sy sedar sy
sbg mahasiswa diperalatkan. Biarlah kebodohan itu menjadi sebahagian drp
pelajaran.
Berbalik kpd perjuangan, ketika Zahid Hamidi ditangkap sy bersama Mak
menulis surat kpd Tun M. Rumah kami didatangi polis utk diperiksa.
Sy kagum dgn Mak. Mak kuat. Mak tak menangis didepan kami. Tetapi suatu
malam sy cari Mak, Mak lepas solat sdg mengaji, sy peluk Mak dan ketika
itu mak meraung sbb Mak tak tahan rindukan Abah n kenangkan dimana Abah
pd ketika itu. Kami terputus hubungan serta merta dari Abah.
Sy tidak tahu pada ketika itu erti perjuangan. Ketika itu hati mana yg
tidak merasa marah? Emak sangat tabah. Ketika Abah dibawa pulang ke
rumah, lembik lutut kami.
Abah pesan, "Abah nak anak2 Abah sabar. Biar Abah fikir macamana kita
nak hidup.." Ya Allah tenangnya Abah. Kami menangis seperti Abah mati
hidup semula.
Sy marah pada ketika itu. Sy beritahu Abah "Mahathir zalim!" Nak tahu apa Abah balas "Dia PM, dia buat kerja dia.."
Hah?! Selepas Abah takda jawatan, Abah bercucuk tanam. Abah dengan sinis
berkata "Berbakti dengan tanah lebih baik. Hasil sampai anak cucu boleh
rasa.."
Sy tak tahu mana Abah dapat kekuatan itu. Mak dengan nada sinis "Dah la
Bang.. cukup2 lah. Mie tak nak semua ni. Kita hidup biasa2 dah la.."
Abah balas "Perjuangan Abang utk bangsa, agama dan negara belum
selesai.." .
Bersambung (Part 3)
Ketika Abah tiada jawatan, sebelum beliau dilantik sebagai Pengerusi
Syarikat Perumahan Negara (SPNB) iaitu jawatan pertama selepas diragut
segalanya, sy dan Abah bersama2 mencari jalan untuk memulakan satu
perniagaan.
Sy ingat Abah membawa sy ke Pos Malaysia utk satu 'presentation'. Kami menunggu lama. Lebih dua jam.
Sy bgtau Abah "Macam ni rupanya bila Abah takda apa2. Tapi best jugak
kita rasa apa org rasa" Abah bgtau "Nak jd pemimpin kita kena tahu apa
org lain rasa.
Ini baru sikit Allah uji" Presentation kami gagal. Tapi apa yang saya
belajar selama 2 jam menunggu adalah ketabahan Abah sebagai manusia yg
diuji.
Suatu hari ada majlis yg dihadiri oleh Tun M. Saya hadir bersama Abah. Sy
benci Tun M ketika itu. Abah dengan bengis memarahi sy "Masalah Tun M
dengan Abah tu antara kami.
Dia ada sebab. Kak Long kena hormat dia sbb dia pemimpin dan PM kita!"
(ketika itu saya tak bersalam dengan Tun M kerana kekejaman beliau 'menyumbat'
Abah dalam ISA).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Posts (Atom)