
Tuesday, October 27, 2015
1MDB Tidak Berhutang Dengan Syarikat Abu Dhabi – Najib

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menafikan dakwaan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
berhutang dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment
Corporation (IPIC) sebanyak AS$481 juta.
Najib berkata mengikut penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac
2014, tiada tercatat jumlah tersebut yang didakwa ditanggung syarikat
pelaburan strategik milik kerajaan itu.
“Nota dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014
dengan jelas menyatakan bahawa tiada jumlah tersebut yang ditanggung
1MDB terhadap IPIC.
“Ingin ditekankan juga bahawa mana-mana pihak berhak menentukan
kaedah pelaporan Penyata Kewangan mereka,” kata Najib yang juga Menteri
Kewangan.
Perdana menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Tony
Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang ingin tahu jumlah pembayaran yang
telah dibuat 1MDB untuk menebus opsyen syarikat Powertek Investment dan
1MDB Energy (Langat) daripada Aabar Investment.
Pua juga meminta kerajaan menyatakan sama ada 1MDB masih berhutang
sebanyak AS$481 juta seperti tercatat dalam Laporan Audit IPIC untuk
Disember 2014.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment