Tuesday, October 06, 2015
40 Tahun Kerja Dengan MB Perak....... Pak Awang Meninggal Dunia
Setiap kali Menteri Besar Perak menerima kunjungan tetamu secara rasmi
atau tidak di kediamannya di Ipoh, Mohd Redzuan Mohd Ariffin, 61 tahun,
juga dikenali dengan panggilan Awang (Pak Awang), akan menghidangkan
minuman.
Ia membawa hidangan dengan santun serta diwajahnya terhias sebuah
senyuman. Ia akan menyapa dan menegor sesiapa sahaja tanpa mengira
gelaran seseorang. Layanannya pula tidak memilih bulu.
Menteri Besar (ke11) Dato Seri Dr.Zambry pun turut memanggilnya dengan panggilan Awang.
Kalau anda bukan bergelar “Datuk”, anda tidak dipinggirkan. Awang
mengambil kesempatan berbual bertanya khabar. “Dari mana . . .?”
Kerana sikap dan keramahannya itu maka Awang bukan saja dikenali
dikalangan tetamu tempatan, juga kalangan orang politik dan orang luar
dari Perak.
Ramai juga orag dari Kuala Lumpur tahu namanya ttapi macan orang stepatan,mereka juga memanggilnya dengan gelaran Awang.
Kalangan media yang rata-rata muda (dibawah 40 tahun) yang sering
menghadiri “assignment” di kediaman rasmi Menteri Besar turut memanggil
beliau dengan paggilan Pak Awang—menghormati usianya.
Panggilan Awang juga sangat popular bagi mereka yang lahir di Lenggong, Perak.
Lazimnya teh o adalah “minuman rasmi” di kediaman Menteri Besar. Jarang lain dari itu dihidangkan kepada tetamu.
Awang merupakan salah seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak yang paling lama berkhidmat.
Ia berkhidmat lebih kurang 40 tahun di kediaman Menteri Besar Perak
sejak zaman Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi, Datuk Seri Wan Mohamed Wan
Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali,
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan yang terakhir ialah zaman
Dr Zambry Abd Kadir.
Pada hari Sabtu lepas, Pak Awang menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya selepas
solat jenazah di kediaman Menteri Besar. Dr.Zambry turut berada di tanah
perkuburan Meru Raya,Ipoh.
Allahyarham lahir di Kg Bukit Nangka,Lenggong dan mula berkhidmat pada
17 Februari 1975 sebelum bersara wajib pada 26 April 2014.
Beliau bersetuju menyambung tugas secara kontrak sebagai pekerja am bermula pada 2 Mei 2014.
Allahyarham sebelum itu mendapat rawatan serta dimasukkan ke Hospital
Raja Permaisuri Bainun (HPRB) pada Isnin lepas berikutan jangkitan kuman
di dalam darah dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.35 pagi
Sabtu.
Allahyarham meninggalkan enam orang anak, seorang anak lelaki dan 5 perempuan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment