Tuesday, October 06, 2015
Nampaknya Akan Berlaku Masalah Dalaman PKR Ekoran Penubuhan Pakatan Pembangkang Baharu
Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin
yang juga dikenali sebagai Che'GuBard. Beliau mendakwa bahwa terdapat
sekumpulan Pemimpin kanan PKR yang dikatakannya membentuk kartel bagi
merancang komplot untok merampas kuasa dan menggulingkan Presiden Parti
PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Rampasan kuasa itu dilakukan
menerusi satu Petisyen untuk memaksa satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan
Pusat(MPP)PKR bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan
Pembangkang Baharu. Petisyen itu dikatakan telah ditandatangani oleh 25
ahli MPP PKR, yang sebahagian besarnya adalah penyokong-penyokong Azmin Ali yang
juga Menteri Besar Selangor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment