Tuesday, October 06, 2015
Lagi Jawapan PM Terhadap Fitnah Pembangkang Beliau Adakan Perjumpaan Dengan Benyamin Netanyahu
Senang cerita boleh kita nampak jelas dalam gambar diatas.... pertemuan PM dan ANWAR. Kita boleh berfikirkan dalam hal ini
Menurut YAB Perdana Menteri, adalah tidak benar beliau mengadakan
perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu sepertimana
didakwa pembangkang. "Saya hanya terserempak dengan beliau dekat pintu
di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebab dia berucap sebelum saya",
ujar Najib.
"Lepas tu saya berucap. Bila saya keluar, waktu saya keluar untuk
menunggu kereta, kebetulan dia ada tepi tu, bukan hanya beliau tetapi PM
Turkey dan Nicaragua juga ada", jelas Najib lagi.
"Jadi dia salam dgn saya, saya salam dengan dia lah. Bukan ada apa-apa .
bukan pertemuan, terserempak. By sheer coincidence i bumped into him at
the entrance of united nations", tegas PM.
Menurut Najib lagi, "Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta
di US serta wakil tetap kita ke PBB. Banyak orang yang boleh sahkan ini
bukan pertemuan tetapi secara kebetulan".
Juga dijelaskan disini bahawa, PM tidak menghadiri upacara menaikkan
Bendera Palestin dan mewakilkan kepada Menteri Luar kita disebabkan
jadual yang telah disusun awal untuk beliau menghadiri majlis Makan
tengahari bersama komuniti perniagaan Amerika bagi mengukuhkan keyakinan
mereka terhadap Malaysia yang sedikit sebanyak terjejas akibat fitnah
dan sabotaj pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nampaknya pembangkang cukup cemburu dengan kejayaan PM dan deligasi kita
ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun ini. Kalau nak fitnahpun
patut-patutlah, satu dunia tahu betapa lantangnya PM mengecam kezaliman
Israel ke atas Palestin.
Jom kita sambut kepulangan wira kita dari PBB esok (Isnin) 5 Oktober jam 8.30 pagi di Kompleks Bunga Raya KLIA. Hidup Palestine!
Gambar kat atas tu gambar apa ye ??
NED Board - Dari kiri, Anwar Ibrahim (Panelis), Tom Donahue (Naib
Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US,
Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi),
Zainab Bangura, (Panelis) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke
Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif
Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika,
Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe
(ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah
NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack
(Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan
Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment